GLAM Alter Ego: Sebuah Analogi Seni Solekan
Mencabar standard kecantikan stereotaip merupakan matlamat utama mana-mana individu yang melaburkan wang, masa, dan tenaga mereka dalam dunia solekan. Untuk merealisasikan impian ini, GLAM menampilkan 12 selebriti ternama tanah air Ain Edruce, Amelia Henderson, Datin Diana Danielle, Elfira Loy, Elizabeth Tan, dan Nur Fazura menggunakan produk kosmetik CHANEL. Manakala Izara Aishah, Che Puan Juliana Evans, Kaka Azraff, Nelydia Senrose, Scha Alyahya, dan Whulandary Herman pula menggunakan produk daripada NARS. Untuk menzahirkan alter ego mereka pula GLAM memetik bakat lapan jurusolek berbakat yakni Bosco, Geraldine Loy, KF Bong, Khir Khalid, Monica Lee, Sheng Saw, Shiyo Joo, dan Syed Faizal Syed Noh.
Semalam GLAM mempersembahkan #GLAMAlterEgo Beauty Photography Showcase yang anda boleh saksikan sendiri di Aras 3 Couture District, Pavilion Kuala Lumpur sehingga 15 Julai ini untuk mengamati hasil karya seni yang menampilkan alter ego kesemua selebriti ini. Selain selebriti-selebriti yang mempamerkan bahagian diri mereka ayng tidak pernah ditunjukkan di mana-mana sebelum ini, rakan-rakan GLAM yang lain turut hadir untuk memeriahkan acara pembukaan showcase eksklusif ini. Di samping itu GLAM juga turut membeir peluang buat para jemputan untuk chill di booth kecil BMIC Nail Spa Salon untuk sesi manicure yang bersahaja sambil menikmati suasana showcase itu. Klik seterusnya untuk melihat suasana sewaktu acara #GLAMAlterEgo semalam.

Artikel Berkaitan
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Flip The Past & The Future
Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik
Datin X: Affair Di Hujung Usia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
