Perkahwinan Magikal Che Puan Juliana Evans Bersama Tengku Shariffuddin Shah
Enam bulan sudah berlalu semenjak pelakonan menawan Che Puan Juliana Evans dan suaminya Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah mengikat hubungan sah sebagai pasangan suami dan isteri dengan acara penuh istiadat, Sabtu yang lalu mereka telah mengadakan satu lagi majlis resepsi yang elegan dan ringkas di tepi pantai Langkawi.

Foto Instagram/julianaevans
Memilih The Andaman Resort sebagai lokasi untuk melangsungkan majlis istimewa ini dengan latar belakang Laut Andaman membuatkan segalanya perihal majlis ini lebih magikal sehingga menggamit perasaan ramai yang memuji pilihan pasangan mempelai.
Juliana yang kelihatan anggun dalam busana serba putih rekaan Cosry telah dipadankan dengan sut lengkap berona biru navy yang dikenakan oleh Tengku Shariffuddin Shah.
Majlis tertutup itu telah dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga teman-teman rapat kedua-dua belah pihak.
Turut menyentuh hari netizen adalah kapsyen Juliana menerusi foto yang dikongsikannya di Instagram menunjukkan bapanya, Johari Evans, membimbing anak gadisnya melalui laluan dengan taburan bunga sambil disaksikan mereka yang menyayangi Juliana dan suaminya.
Lihat beberapa foto penuh emosi daripada perkahwinan Che Puan Juliana Evans dan Y.A.M Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
