Peminat Mahu Amber Heard Digugurkan Daripada Aquaman 2
Selepas tular beberapa rakaman audio mengenai Amber Heard mengaku memukul bekas suaminya, Johnny Depp, petisyen telah dibuat oleh peminat meminta Heard untuk disingkir daripada filem Aquaman 2.

Petisyen yang dilakukan di Change.org kini sudah ditandatangani hampir 213,000 orang dan dijangka bakal mencecah 300,000 sokongan oleh peminat di seluruh dunia. Pencipta petisyen berkenaan, Jeanne Larson menyeru peminat untuk berdiri dan menentang keganasan rumah tangga dan mahu aktres berusia 34 tahun itu dikeluarkan daripada projek Aquaman 2.
Peminat tidak mahu Heard terlepas begitu sahaja dan mahu dia dihukum sama seperti Depp yang telah digugurkan daripada watak Jack Sparrow filem Pirates Of The Caribbean kerana kes keganasan rumah tangga ini. Petisyen ini dikatakan turut dihantar kepada wakil DC Warner dan Warner Bros.

Kredit Gambar: Google
Heard yang mempunyai sejarah lampau dalam keganasan terhadap bekas kekasihnya telah menguatkan lagi dakwaan Depp yang menjadi mangsa keganasan Heard. Kedua-dua Heard dan Depp sedang dalam perbicaraan kes saman USD50 Juta yang telah dilakukan Depp bagi membersihkan namanya yang tercalar.
Baca: Rakaman Audio Didedahkan, Bukti Johnny Depp Mangsa Keganasan Amber Heard
Filem Aquaman 2 dikatakan bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun tahun ini dan ditayangkan di pawagam pada Disember 2022. Apakah kesudahan kes ini? Nantikan susulannya.
Sumber: news.com.au
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
