GLAM Deko Diari : 7 Set Dekor Terbaik Tercalon Anugerah Emmy ke-69
GLAM Deko Diari – Aroma Antonio Banderas
Razak Flora Kongsi Petua Dekorasi Majlis
Bicara Deko – Bersama Dominik Fruth, Pengarah Urusan Hafele
GLAM Deko Diari – Sajian Berbuka Menu Warisan
Home > Uncategorized > Idea Praktikal Pilihan Alex Yoong

Idea Praktikal Pilihan Alex Yoong

Seleksi Jagoan

Teks & Penyelaras : Shahril Hadi Halim

Gambar : Wan Izhar/ ODS

Grooming : Emmy Agung

Video : Shahril Suhaimi / Shutter Studio

Kami mencuri sedikit masa di sebalik kesibukkan jadual pelumba kereta tersohor negara, Alex Yoong sempena perlantikannya sebagai duta kepada sebuah jenama lokal, MajuHome Concept.

Hadir dengan gaya santai dan bersahaja, dia tidak lokek berkongsi mengenai apa yang dipilih untuk menghiasi dekorasi kediaman. Kerjaya yang menuntut figura ini mengembara dari satu destinasi ke satu destinasi seluruh dunia sentasia mahukan kediaman yang selesa dan menenangkan saat melangkah masuk ke kediamannya. Tidak hairanlah mengapa dia bersetuju dengan kolaborasi bersama MajuHome Concept untuk kali ini.