Speedmaster Generasi Baru Daripada Omega
Bertunjangkan sejarah pembuatan jam tangan ikonik dunia, Omega merai keunggulan rekaan timeless buat wanita menerusi Speedmaster terbaru.

Speedmaster terkenal dengan jam tangan kronograf berjiwa maskulin. Auranya terpancar pada reka bentuk yang sporty, kronograf dan dikuasakan oleh pergerakan berkaliber terkini. Pencinta horologi arif yang Speedmaster hadir dalam saiz berukuran 39mm, namun istimewa untuk 2017, Omega memperkenalkan Speedmaster yang dikurangkan saiznya kepada 38mm untuk lelaki dan wanita.
Ciri ketara yang penting buat Speedmaster generasi baru ini adalah pada bentuk bujur sub-dail yang diilhamkan daripada koleksi Omega De Ville. Bentuk seakan bulan sabit pula membiaskan logo Greek “Ω” Omega. Hadir dalam empat variasi yang berbeza, setiap jam tangan Speedmaster ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Idea bijaksana yang sentiasa mencuri tumpuan penggemarnya.
Trivia Speedmaster
• Model pertama Speedmaster diperkenalkan pada 1957, sebagai jam tangan dunia sukan perlumbaan dan kronograf selaku penjaga masa rasmi Sukan Olimpik.
• Nama Speedmaster telah dipilih berlandaskan bezel skala takimeter dan mengikut konvensyen Omega yang digunakan untuk model lain seperti Seamaster dan railmaster.
• Model Speedmaster pertama CK 2915 juga dikenali sebagai ‘broad arrow’ yang direka oleh Swiss Claude Baillod dan sudah memaparkan beberapa model signatur seperti triple-register chronograph layout, penanda indeks yang berkontras tinggi dan kubah kristal Plexiglas.
• Dail adalah satu contoh keseimbangan sempurna dan perkadaran. Diameter case adalah 39mm.
Omega Speedmaster 38 mm (Ref.324.23.38.50.02.001)
Seunik namanya, Cappucino direka untuk lelaki dan wanita dengan case berasaskan keluli tahan karat dan emas Sedna 18 karat. Ciri sporty feminin disuntik menerusi penggunaan bezel bertatahkan berlian dengan skala takimeter dan tali pergelangan tangan kulit coklat. Dikuasakan oleh pergerakan kaliber 3330 lengkap teknologi co-axial dan gegelung pengimbang silikon.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

