GLAM NEXT FACE: The World Always Revolves Around Nasha Aziz
Rangkaian Stail Karpet Merah MTV Video Music Awards 2017
7 Kasut Setiap Wanita Perlu Miliki
Gaya Minimalis Gaia Repossi
Bidadari Adi Busana
Home > Uncategorized > Persalinan $9,000 Hari Lahir Kendall Jenner

Persalinan $9,000 Hari Lahir Kendall Jenner

Semalam, model terkenal Kendall Jenner menyambut hari lahirnya yang ke 21 in a show-stopping number!

 

kendall-jenner-21st-birthday-outfits-2016

Sumber: FameFlynet

 

Memandangkan beliau salah seorang daripada ahli keluarga “diraja” Amerika, Kardashian-Jenner, tidak mengejutkan bahawa majlis sambutannya begitu gah! Ia telah diadakan di sebuah kelab malam di Los Angeles yakni Delilah. Kendall juga mempunyai filter Snapchat sendiri dibuat khas bagi hari lahirnya!

 

Tiada sambutan hari lahir Kardashian-Jenner yang lengkap tanpa persalinan yang membuat kenyataan “wow“! Tahun ini Kendall berpaling kepada Antoine Salameh yang diberi amanah untuk “mencipta” a jaw-dropping design!

 

kendall-paris-00

Sumber: Getty Images / Teen Vogue

 

Gaun pendek ciptaan pereka fesyen berkelahiran Lebanon itu berkilau dengan batuan Swarovski berwarna perak, dan dianggarkan bernilai lebih $9,000 dollar! Antoine menggunakan gambar yang diberi oleh model itu sebagai sumber inspirasi. Dikhabarkan bahawa kepingan gambar tersebut menunjukkan sosialit, Paris Hilton yang mengenakan gaun seakan bertahun lalu.

 

https://www.instagram.com/p/BMWli1YjybG/?taken-by=kendalljenner

 

Happy 21st birthday, Kendall!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah