Emma Watson, 28, sudah menjadi perhatian dunia sejak memegang watak sebagai Hermoine Granger dalam filem Harry Potter.
Untuk seseorang yang membesar dihadapan dunia, Watson mekar dewasa sebagai seorang wanita bijak dan berjaya.
Usia muda tidak menghalang aktres ini menjadi seorang aktivis serta duta United Nations (UN). Dia mengembara ke seluruh dunia untuk berbincang dan memperjuangkan isu-isu berkenaan hak asasi manusia.
See Also
#HeForShe Ambassador @EmWatson stands for gender equality w/ @phumzileunwomen & university presidents! https://t.co/8OQ3TYlVQy #ParityReport pic.twitter.com/Hta97jMMlb
— Global Goals (@GlobalGoalsUN) 2016년 9월 20일
Watson juga merupakan seorang graduan dari Universiti Brown, Rhode Island dengan ijazah English literature.
Projek terbaru dari pemenang MTV Movie Trailblazer Award 2013 ini adalah filem adaptasi dari Disney iaitu Beauty and the Beast di mana Watson memegang watak sebagai Belle.
