Japan Bakal Buka Taman Bertemakan Spa!

Chanel au Ritz Paris may be the world’s most luxurious spa but it’s waiting list is ridiculous! Fret not, ladies, Japan heard your cries!

 

utub

Sumber: Youtube

Perhatian kepada mereka yang gemar memanjakan diri! Desas-desus dikhabarkan bahawa negara terbitnya matahari sedang merancang untuk membina sebunah taman teman eksklusif buat anda pengunjung kerap spa. Cuba anda bayangkan, seluruh kawasan besar taman tema khas untuk anda merehatkan diri!

 

Rantau Beppu di Japan sememangnya terkenal dengan kawasan air panas yang digelar onsen. Datuk Bandar Beppu telah mengongsikan video pendek akan taman tema itu, lengkap dengan sauna berbentuk Ferris wheel, arked bilik wap, di samping roller coaster jakuzi dan karusel air panas serta mesej bernada tegas yang berkata: “Jika video ini mencecah lebih 1 juta views, beliau akan menjadikan ia sebagai realiti / kenyataan buat bandar Beppu.”

 

Wakil Datuk Bandar Beppu juga telah mengeluarkan sidang akhbar akan rasa terima kasih mereka terhadap sokongan orang awam. “Saya percaya bahawa sebagai salah satu destinasi terbaik di dunia buat kolam air panas [hot spring], idea menarik akan pembinaan taman bertema spa [onsen]  ini mewujudkan peluang bagi rakyat marhaen Beppu, terutamanya anak-anak muda, untuk merasa bahawa Beppu itu menyeronokkan,” jelas mereka.

 

Lihat video sneak peek itu di bawah!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

POST A COMMENT