20 Bintang Dermawan

Biarpun kehidupan mereka dilimpahi kemewahan, yang susah tidak sesekali dilupakan. Salam dihulur berserta sumbangan, agar yang dibantu peroleh kesejahteraan. GLAM senaraikan 20 bintang dermawan yang sentiasa berbakti dan tidak pernah berhenti memberi.
 
Lady
 
LADY GAGA

Beberapa jam selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun, Lady Gaga dengan pantasnya memperkenalkan ‘Japan Prayer Bracelets’ yang mana hasil penjualan gelang itu disumbangkan kepada mangsa. Gaga juga antara selebriti yang aktif dalam kempen menentang HIV dan AIDS. Dia dan Cyndi Lauper bergabung bersama M.A.C Cosmetics menerusi rangkaian mekap Viva Glam demi memberi sumbangan kepada mangsa HIV. Gaga juga melancarkan Born This Way Foundation dengan misi membendung jenayah buli, membentuk keyakinan diri dan pembangunan kerjaya.
 
Pictured: Anne Hathaway Mandatory Credit © Gilbert Flores/Broadimage 2015 Met Gala Costume Institute Benefit - celebrating the opening of China: Through the Looking Glass 5/4/15, New York, NY, United States of America Broadimage Newswire Los Angeles 1+ (310) 301-1027 New York 1+ (646) 827-9134 sales@broadimage.com http://www.broadimage.com
 
ANNE HATHAWAY

Biarpun kanak-kanakini terlantar di hospital kerana penyakit kronik, mereka juga ingin menonton wayang di pawagam. Justeru itu, Anne Hathaway dan Lollipop Theater Network mendukung sebuah misi untuk menghiburkan kanak-kana kini. Antara tayangan perdana yang pernah dianjurkan mereka adalah filem Get Smart dan The Devil Wears Prada. Anne juga pernah menyumbang kepada St.Jude Children’s Research Hospital untuk rawatan serta menjalankan kajian ke atas penyakit yang sering menyerang kanak-kanak.
 
57th Annual Grammy Awards
 
RIHANNA

Anak kelahiran Barbados ini mula aktif melakukan kerja amal sejak 2006 lagi. Malah Rihanna dipilih sebagai jurucakap pertama Gucci untuk kempen ‘United Nations Children’s Fund’ yang memaparkan wajahnya di kempen ‘Tattoo Heart’. Tujuan utama kempen adalah untuk mengumpul dana bagi kanak-kanak malang di Afrika. Juga antara selebriti yang menentang AIDS dan pernah bekerjasama dengan H&M bagi menghasilkan kemeja T dengan slogan ‘Believe’, ‘Stop’ dan ‘Think’.
 
Natalie Portman jewlery
 
NATALIE PORTMAN

Demi membantu usahawan wanita berpendapatan rendah, dia sanggup mengembara sehingga ke Uganda, Guatemala dan Ecuador. Menerusi FINCA, Natalie membantu menyediakan bantuan kewangan kepada golongan wanita ini agar mereka mempunyai pekerjaan, lantas dapat memperbaiki taraf hidup. Sepanjang kembara ini, Natalie dikatakan pernah berjumpa wanita yang hanya menggunakan modal sebanyak AS$50 dan berjaya membangunkan perniagaan kecil-kecilan.
 
Sean
 
SEAN PENN

Sean Penn bukan saja menderma bagi membantu masa gempa bumi di Haiti malah dia menubuhkan organisasi sendiri demi membaik pulih negara yang binasa itu. Penn juga dilantik oleh Presiden Haiti, Michel Martelly sebagai ambassador-atlarge. Selain Haiti dia turut melawat daerah Pakistan seperti Kampung Karim Bux Jamali, Dargah Shah Gurio dan Peero Lashari yang dilanda banjir besar. Bersama Jeneral Konsul Amerika Syarikat, William J.Martin, Penn mengedarkan selimut, kuilt, barang dapur dan keperluan asas lain kepada mangsa.
 
Carla Bruni-Sarkozy
 
CARLA BRUNI

Wanita pertama Perancis ini mula melancarkan Yayasan Carla Bruni- Sarkozy bagi merapatkan tali persaudaraan sesama rakyat sama ada dalam bentuk pendidikan, kesenian dan budaya. Carla Bruni juga antara individu yang menyatakan sokongannya terhadap People For Th e Ethical Treatment Of Animals (PETA) dengan mengharamkan pemakaian bulu haiwan dalam industri fesyen. Malah dia turut terlibat dengan pelbagai aktiviti amal seperti mendermakan album Comme Si De Rien N’était ke Foundation de France dan menjual mpotretnya bagi membantu kanak-kanak dunia ketiga.
 
Drew Barry
 
DREW BARRYMORE

Aktres berjiwa emas ini pernah menderma sebanyak AS$1 juta kepada United Nations World Food Programme sejak dilantik menjadi duta mereka pada 2007. Semenjak itu Drew Barrymore tidak pernah menoleh ke belakang dan berterusan memberi bantuan kepada kanak-kanak di Afrika. Drew Barrymore Education Foundation ditubuhkan untuk menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk di Kenya supaya kanak-kanak di sana dapat bersekolah dengan lebih mudah. Kanak-kanak ini dikatakan perlu berjalan jauh demi mendapatkan bekalan air bersih buat keluarga mereka.
 
La Liga match between Real Madrid and Rayo Vallecano
 
CRISTIANO RONALDO

Paparan kisah seorang budak lelaki berusia lapan tahun dan memakai jersi Portugal nombor 7 yang terdampar selama 19 hari selepas keluarganya terkorban akibat bencana tsunami dan gempa bumi menerusi TV, menyentuh hati dan jiwa Ronaldo. Lantas dia melawat Aceh, Indonesia dan terus mengumpul dana bagi memulih dan membangunkan semula wilayah ini. Malah Ronaldo pernah menganjurkan perlawanan persahabatan demi membantu mangsa banjir di Madeira.
 
Glam4100
 
ELLA

Ratu Rock Malaysia ini bukan saja memegang rekod Album Artis Wanita Paling Laris malah antara yang memiliki personaliti menawan. Sebelum Datuk Siti Nurhaliza, Ella terlebih dahulu menjadi duta Red Cross Society. Malah dia dipilih Yayasan Kebajikan Negara sebagai ‘role model’ bagi menggalakkan remaja sentiasa berfi kiran positif. Ella juga melibatkan diri di konsert amal, Red Cares Tsunami Charity Concert of Love pada 2004.
 
Beatrice
 
PUTERI BEATRICE

Biarpun topi rekaan Philip Treacy yang dipakainya sewaktu majlis perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton dianggap pelik, ia berjaya dilelong sebanyak AS$123,325 dan wang itu disumbangkan kepada pertubuhan Unicef dan Children In Crisis. Bersama-sama ibunya, Puteri Beatrice mengatur langkah awal melawat kanak-kanak mangsa HIV di Rusia dan Britain, menyokong projek Springboard for Children (khas buat kanak-kanak yang mempunyai masalah kesukaran belajar) dan Teenage Cancer Trust.
 
Matthew
 
MATTHEW MCCONAUGHEY

Forbes menyenaraikan Matthew McConaughey sebagai salah seorang selebriti paling dermawan. Pelakon Failure To Launch ini berpegang kepada falsafah ‘just keep livin’ sebagai pegangan hidupnya. Dia juga menubuhkan sebuah yayasan menggunakan nama yang sama bagi membantu remaja dan kanak-kanak gemar aktiviti lasak dan sihat. Yayasan ini pernah mendermakan sehingga AS$88,000 kepada Communities in School Los Angeles West serta AS$38,000 kepada Communities in School Central Texas. Dia juga menjadi penyelamat haiwan peliharaan yang terkandas sewaktu New Orleans dilanda ribut Katrina.
 
51849923 Celebrities attend 'The Dressmaker' premiere during the 2015 Toronto International Film Festival at Roy Thomson Hall on September 14, 2015 in Toronto, Canada. Celebrities attend 'The Dressmaker' premiere during the 2015 Toronto International Film Festival at Roy Thomson Hall on September 14, 2015 in Toronto, Canada. Pictured: Kate Winslet FameFlynet, Inc - Beverly Hills, CA, USA - +1 (818) 307-4813
 
KATE WINSLET

Pemenang oskar ini antara Pengasas Golden Hat Foundation, sebuah yayasan yang memberi bantuan kepada kanak-kanak autisme. Segala-galanya bermula apabila Kate terlibat dengan dokumentari, ‘A Mother’s Courage: Talking Back To Austism’. Yayasan yang diberi nama sempena puisi Keli Thorsteinsson ini mempunyai misi memperbaiki kehidupan pesakit autisme seluruh dunia. Mereka percaya bahawa kanak-kanak autisme juga berhak mendapat pendidikan, sokongan moral dari masyarakat dan perhubungan yang bermakna demi memperbaiki kualiti kehidupan mereka.
 
Frida
 
FRIDA GIANNINI

Pengarah Kreatif Gucci, Frida Giannini bukan sekadar menguruskan perniagaan fesyen. Dia antara tulang belakang di sebalik aktiviti amal rumah fesyen mewah ini dengan Th e United Nations Children’s Fund (UNICEF). “Terlalu banyak kisah dan tragedi malang di dunia. Sama ada kecil atau besar, sumbangan anda bisa membantu mereka yang susah,” katanya memberitahu Gucci dan UNICEF menjadi rakan kongsi sejak 2005 lagi. Sejak itu, Gucci telah mendermakan sebanyak AS$12 juta kepada yayasan ini demi memperbaiki sistem pendidikan di Afrika.
 
Marvel`s The Avengers Age Of Ultron Los Angeles Premiere
 
SCARLETT JOHANSSON

Selain menjadi duta global untuk Oxfam, sebuah agensi bantuan dan pembangunan, Scarlett turut aktif membanteras AIDS. Turut terlibat dengan kempen RED, dia ke Republik Rwanda untuk melawat anak yatim yang dijangkiti virus ini. Pelakon The Avengers ini turut mencadangkan kepada golongan muda untuk sentiasa tahu mengenai status kesihatan mereka. Malah dia sendiri menjalani ujian HIV dua tahun sekali.
 
Bailey
 
CHRISTOPHER BAILEY

Ketua Pegawai Eksekutif Burberry, Christopher Bailey bersama-sama Angela Ahrendts menubuhkan Burberry Foundation. Pertubuhan ini komited menyediakan sumber global buat membantu golongan muda yang ingin mencapai impian dan cita-cita menerusi daya kuasa dan kreativiti mereka. Burberry Foundation turut memberi sumbangan kepada beberapa badan kebajikan lain yang menyokong golongan ini dan juga buat rakan-rakan kebajikan Burberry yang sering menjadi sukarelawan.
 
turlington
 
CHRISTY TURLINGTON

Filem dokumentari No Woman, No Cry terbitan bersama Christy Turlington berjaya memaparkan kisah risiko wanita mengandung dari empat dunia berbeza. Dari puak Maasai di Tanzania ke kesesakan dan kekotoran di Bangladesh, wad penjagaan pasca pengguguran kandungan di Guatemala hingga ke klinik keibubapaan di Amerika Syarikat. Tidak terhenti di sini, Turlington melancarkan kempen ‘Every Mother Counts’ demi mendidik dan menyokong mengurangkan kematian ibu di peringkat global. Dia turut melancarkan larian maraton demi menyedarkan orang ramai akan kepentingan kesihatan kanak-kanak dan ibu mengandung.
 
deborah
 
DEBORAH HENRY

Biarpun sibuk dengan aktiviti peragawati dan hiburan, Deborah Henry turut aktif sebagai pengasas bersama Fugee School; pertubuhan amal yang menyediakan asas pendidikan buat 90 pelarian kanak-kanak Somalia. Deborah juga menyokong hak World Vision’s Childs, selain pernah terlibat dengan Pink Project kelolaan Harper’s Bazaar pada 2010. Personaliti berbintang kanser ini turut terpilih sebagai duta kempen ‘Yes, I Can’. Antara misi kempen ini adalah mendidik, memberi kesedaran, menyokong dan mencegah isu kehamilan yang tidak dirancang dan diingini di Malaysia.
 
gulliana
 
BILL & GIULIANA RANCIC

Pasangan suami isteri ini antara penyokong kuat Operation Smile. Misi utama operasi ini adalah menyediakan pembedahan rekonstruksi percuma untuk lebih 150,000 kanak-kanak dan remaja di lebih 60 negara yang dilahirkan sumbing, lekuk pada lelangit dan kecacatan muka. Bill juga pernah  ke Haiti demi membantu Starkey Hearing Foundation yang mendermakan alat bantuan pendengaran buat kanak-kanak di sana. Giuliana yang berhadapan dengan masalah kanser payudara baru-baru ini aktif mengumpul dana demi membantu wanita mangsa kanser!
 
Heidi Klum
 
HEIDI KLUM

Sudah menjadi kelaziman, Heidi Klum akan mendermakan gaun yang dipakainya selepas menghadiri sesebuah acara besar ke pertubuhan kebajikan antaranya Red Dress Program dan Lavender Trust Breast Cancer Charity. Heidi juga antara yang menyokong Madonna mengumpul dana dan bantuan seperti makanan, minuman, alat perubatan dan pendidikan kepada rakyat miskin di Malawi. Juga salah seorang penyokong UNISEF, IMCG (Pertubuhan Amal Kanser Kulit) dan Elizabeth Glaser Pediatric AIDS Foundation.
 
obama
 
MICHELLE OBAMA

Biarpun isu obesiti di kalangan kanak-kanak bukan baru, Michelle Obama mengambil pendekatan membendung masalah ini. Program ‘Let’s Move’ dilancarkan bagi membentuk generasi kanak-kanak yang lebih sihat. Tahun lalu, Michelle membentuk taman di Rumah Putih bagi menyampaikan mesej betapa mudahnya mendapatkan makanan sihat. Baginya obesiti adalah epidemik dan ancaman kepada keselamatan negara. Baru-baru ini juga Presiden Obama memperkenalkan undangundang berkaitan pemakanan sihat.

 

POST A COMMENT