Datin X: Menyesal Recommend Kerja

Datin Xresize

Ini pula cerita Alisa yang datang mengadu pada Datin X. Katanya sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari dia mendengar leteran daripada suaminya yang cukup tak puas hati dengan salah seorang pengurus di pejabatnya. Sudah lah tak pandai buat kerja, berlagak pula tu. Suami Alisa ibaratkan situasinya seperti menanggung biawak hidup. Hari-hari pulang rumah stres dan mengugut mahu buang budak kerja tu.
 
Tanya Datin X, kenapa pula Alisa yang menjadi bahan leteran? Jawabnya separuh hati, “Pengurus tu sebenarnya anak si Datin Rohani, my good friend. Dia minta tolong I ambil anak perempuannya bekerja dalam company my husband. Takkan I nak say no pulak kan?” Air muka Alisa Nampak serba salah.
 
Budaknya cantik, umur awal 20-an dan baru saja graduate setahun lepas dari sebuah universiti di Australia. Memandangkan suami Alisa memiliki sebuah firma berpengaruh, Datin Rohani minta bantuan supaya anaknya diambil bekerja. Setahun goyang kaki di rumah, tiada inisiatif langsung nak cari kerja sendiri. Harap keluarga suapkan semua. Jenuh Datin Rohani bertanya sana-sini kalau-kalau ada opening kerja untuk anaknya. Dia mahu anaknya berjawatan besar saja. Eksekutif ke bawah, tak main lah!
 
Mengetahui suami Alisa ada syarikat besar, Datin Rohani ambil kesempatan. Pagi petang siang malam menelefon minta anaknya diambil bekerja. Sudahlah begitu, depan kawan-kawan lain pun Datin Rohani tak segan silu memujuk sambil mengungkit-ungkit cerita lama kerana Alisa sebelum mendaki tangga korporat, dia bertugas di syarikat abang Datin Rohani. Alisa sepertikan terjerat lalu berjanji akan membantu. Alisa sebenarnya rasa berat hati nak recommend budak itu pada suaminya. Tapi sebab tak mahu hilang kawan bersosial seperti Datin Rohani, Alisa pujuk juga pada suaminya supaya adakan satu jawatan baru. Kononnya Associate Manager. Entah apa maksudnya pun Datin X tak tahu. Atas recommendation isteri sendiri, budak itu tadi diambil bekerja walaupun hakikatnya tak layak langsung. Kata suami Alisa, kelulusan ala kadar dan selayaknya kerja kerani saja!
 
Jadi macam mana? “My husband banyak kali gertak nak buang budak bengap tu. I pujuk jangan lagi. Sebab kalaulah Datin Rohani dapat tahu, habislah I. Mesti dia masam muka dengan I. But my husband said, that girl pun hanya tahu melawa je pergi kerja. Orangnya cakap je bunyi macam pandai, tapi sebenarnya tak cerdik mana pun. Alah… you tahu lah how these privileged kids nowadays.” Datin X mengangguk, faham sangat. Kalau bertutur, memang tergeliat lidah nak cakap Melayu. Buka mulut, berbahasa Inggeris saja. Gaya dan slang dah macam sejak dari lahir lagi duduk oversea, padahalnya sekolah rendah dan menengah dekat Hartamas je.
 
Tambah Alisa, anak Datin Rohani memang play boss habis di ofis. Dia buat semua orang di pejabat tu macam kuli dia. “Asyik main telefon kat pejabat dan sudah memandai-mandai mengarah-ngarah orang di pejabat.” Meluat pula Datin X dengar. Moral of the story… jangan sesekali bagi recommend untuk seseorang hanya kerana kepentingan. Apatah lagi ambil anak kawan bekerja hanya kerana terhutang budi. Sekarang apa sudah jadi? Datin X harap suami Alisa buang je budak tu kerja. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Nak eksyen, kerja kat company bapak sendirilah!


 
 

POST A COMMENT