Haruman Pilihan Hari Ibu
Eyeliner Dengan Kemasan Glitter Oleh Too Faced?
Perhiasan Kepala Trend Met Gala 2015
Cantik Bukan Konvensional
Rahsia Awet Muda: Dr. Alice Prethima Michael
Home > Uncategorized > MAC Menghasilkan Koleksi “Work It Out” Terbaru Inspirasi Fitness

MAC Menghasilkan Koleksi “Work It Out” Terbaru Inspirasi Fitness

Foto: MAC

Terma “athleisure” yang sering dikaitkan dengan fesyen nampaknya sudah menular ke dunia kecantikan dengan pelancaran koleksi MAC Work It Out.

Koleksi kosmetik terbaru dari MAC ini diinspirasikan daripada rutin senaman dan disifatkan sebagai “high performance color” bertemu “the art of fitness” dengan warna-warna terang yang mampu mengekalkan rupa dan warnanya sepanjang hari.

 

Foto: MAC

MAC Work It Out mempunyai 40 ceraian yang terdiri daripada gincu, eyeliner, gloss, face sticks, produk-produk highlight, bronzer dan juga maskara berwarna dengan pembungkusan yang menarik untuk melengkapkan tema “athleisure” itu.

 

Foto: MAC

Koleksi ini boleh didapatkan atas talian dan juga kedai-kedai mulai 2 Mac hingga 13 April.

 

Foto: MAC