fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Mengubah Arus Trend Mengangkat Khir Khalid Sebagai Jurusolek A-List
Solekan Dimensi Effortless Sun-Kissed
Adakah Rawatan Facial Berbaloi & Berkesan?
5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini
10 Amalan Cantik Cindy Crawford, Rahsia Awet Muda Di Usia Separuh Abad
Home > Cantik > Amalan Cantik Kala Mengembara

Amalan Cantik Kala Mengembara

Beautiful blonde at the seaGambar: INGimage

 
Setiap kali terbang untuk bercuti mahupun bekerja, apa yang selalu dititik beratkan hanyalah persalinan ketika di negara orang. Awal-awal lagi sudah semak keadaan cuaca di sana untuk membawa baju yang bersesuaian. Namun begitu, perihal penjagaan kecantikan ketika di luar negara pula sering dipandang remeh. Tidak seharusnya begitu kerana anda sendiri tahu perubahan cuaca dan waktu tidur boleh menjejaskan kulit. GLAM senaraikan beberapa tip kembara cantik yang boleh diamalkan tika bertandang di negara orang.
 
1. Sesetengah orang merancang untuk membeli produk kecantikan di negara yang mereka lawati kerana bimbang ia tertumpah di dalam bagasi seterusnya mengotorkan baju. Jangan terkejut jika produk yang selalu diguna di negara sendiri tidak dijual di negara orang. Oleh itu, sediakan produk kecantikan travel size yang lebih praktikal untuk kegunaan diri.
 
2. Masukkan beberapa produk kecantikan yang penting seperti pelembap muka dan bibir yang kurang daripada 100ml di dalam hand luggage kerana durasi penerbangan yang panjang boleh membuatkan kulit menjadi kering.
 
3. Jangan menggunakan kanta lekap ketika menaiki kapal terbang. Ini akan menyusahkan anda untuk tidur dan membuatkan mata cepat kering. Penitis mata adalah produk yang harus ada di dalam bagasi tangan.
 
4. Sebelum menaiki pesawat, lebih baik sekiranya rambut dibiar bebas daripada segala produk kerana bahan kimia yang dibiar terlalu lama pada rambut boleh merosakkan.
 
5. Memandangkan perjalanan yang panjang, seelok-eloknya tidak mengenakan apa-apa solekan untuk mengelakkan pori-pori kulit ditutup yang boleh menjadi penyebab utama skin breakout.