Kempen ‘Better Hair Club’ Inisiatif Terbaru Sephora Asia Tenggara
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioPenjagaan rambut semakin menjadi tumpuan wanita sejak dunia di landa pandemik. Sephora mengajak anda untuk menyertai kempen Better Hair Club sebagai inisiatif dalam penjagaan rambut intensif.

Sephora Asia Tenggara melancarkan kempen pertamanya yang memfokuskan pada rambut, iaitu Better Hair Club. Kempen rambut yang julung kali ini diadakan dalam memberi tumpuan kepada aspek kepelbagaian yang sering dilupakan dalam industri kecantikan, iaitu penjagaan rambut! Kempen ini menyeru kepada setiap wanita diluar sana untuk terus fokus kepada kesihatan rambut yang juga penting sama seperti wajah dan badan.

BRIOGEO Scalp Revival Charcoal + Coconut Oil Micro-exfoliating Scalp Scrub Shampoo (226ml), RM198
Namun, sejak dunia dilanda pandemik segalanya berubah! Wanita semakin peka dengan setiap aspek terutama kesihatan dan kecantikan. Trend ini boleh dilihat menerusi penjagaan rambut di mana setiap isi rumah, semakin hebat dengan mencipta semula pengalaman salon di rumah. Ada yang buat DIY semata-mata inginkan momen sama seperti di salon sebenar.

Olaplex No. 6 Bond Smoother (100ml), RM150
Kempen Better Hair Club ini bersifat diversiti tiada halangan untuk setiap kaum, samada bertudung atau tidak. Melalui tinjauan Sephora, sebanyak tiga masalah utama sering dihadapi wanita iaitu kulit kepala menggelupas, kering, rosak dan rambut mudah putus. Menerusi kempen ini, Sephora tampilkan barisan produk penjagaan rambut intensif yang mampu menangani setiap masalah rambut.

IKOO Detangling Home Brush, RM107
Untuk kempen Better Hair Club dan Sephora Malaysia menawarkan pilihan lebih daripada 10 jenama penjagaan rambut, dengan rancangan untuk mengembangkan penawarannya melalui membawa masuk jenama baharu dan mengembangkan pelbagai jenama sedia ada.

Virtue Labs Topical Scalp Supplement, RM426
Artikel berkaitan Patrick Ta Kini Di Sephora Malaysia
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
