Ini Kesan Kulit Setelah Seronok Berjemur Musim Panas
Seronok berjemur musim panas? Cuti pun berlalu pergi, maka tamatlah sudah percutian pantai anda. Sedar atau tidak, kulit wajah pula mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Apakah itu?
Terasa bahagia di persisiran pantai menyarung bikini sambil bersidai, semestinya ia satu percutian idaman kita semua tatkala mahu melarikan diri daripada kesibukan kota. Namun, sesudah pulang daripada aktiviti ‘berjemur’ ini, perasankah anda bahawa kulit menjadi sedikit lain? Pasti akan kelihatan antara lapisan kulit yang mula menggelupas akibat sinaran matahari. Sebenarnya, ini adalah sesuatu yang selalu kita lihat apabila ada antara kita mengalami masalah seperti ini. Jika ianya terjadi kepada anda, kami sarankan untuk segera mengambil langkah dalam merawatnya.
Betul, sapu atau lulurkan sesuatu yang mampu melegakan serta meredakan kemerahan kulit yang terbakar ini. Selain daripada menyapu pelembap dan sebagainya, kami juga berkongsi inisiatif lain yang boleh anda cuba. Namun haru di ingat, bukan sekadar masalah kulit terbakar sahaja yang akan anda alami, malah kulit stress juga antara masalah yang boleh timbul. Antaranya adalah seperti masalah bawah mata menjadi sembap, kulit menjadi kusam, tidur menjadi tidak cukup dan bermacam lagi.
Ini Cara Ekstra Rawat Kulit Wajah Meradang
Seperti yang kita semua sedia tahu, ada banyak produk penjagaan wajah yang mampu membantu dan mengembalikan seri wajah. Namun tahukah anda, detoks juga antara amalan tambahan yang boleh anda lakukan jika anda mengalami masalah kulit stress seperti ini. Jika asyik berjemur musim panas, kulit akan menjadi kering. Jadi, pengambilan air putih yang banyak adalah amat digalakkan. Dengan minum air putih yang mencukupi sudah berbaloi untuk menyahkan toksik yang terkandung di dalam tubuh.
Selain itu, anda juga boleh mengamalkan senaman. Luangkan masa selama 30-40 minit sehari untuk mengeluarkan peluh di tubuh. Senaman juga sebenarnya banyak membantu dalam mengepam kembali darah di dalam badan langsung menjadi aktif dan membuatkan kulit wajah dan tubuh menjadi sihat dan bersinar seri semula jadi. Ini antara pesanan kami buat anda. Tetapi saranan terpenting kami sebenarnya adalah pemakaian pelindung sinar secara optimum. Lebih-lebih lagi buat anda yang ingin bercuti dan berjemur musim panas ini. Masalah kulit rosak mampu dikurangkan jika anda memakai pelindung sinar secara menyeluruh.
Pautan Berkaitan: Bersedia untuk Musim Panas Dengan 5 Rawatan Ini
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
