Tom Holland Wajah Kempen Prada Paradigme, Definisi Maskuliniti
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioPrada memperkenalkan wangian maskulin baharu melalui pendekatan ‘piramid terbalik’ dan menampilkan Tom Holland sebagai wajah kempen.
Dicipta untuk mereka yang membentuk perjalanan hidup melalui penerokaan, Paradigme mengkaji interaksi antara diri dalaman dan dunia luaran. Keyakinan didefinisikan semula sebagai rasa ingin tahu, kekuatan sebagai kehalusan, dan kejayaan sebagai kebebasan untuk mencipta paradigma sendiri.

Apa yang menjadikan Prada Paradigme benar-benar istimewa ialah pendekatannya yang fokus terhadap komposisi wangian. Hasil kolaborasi tiga perfumer terkenal yakni Marie Salamagne, Bruno Jovanovic, dan Nicolas Bonneville, wangian ini membalikkan struktur piramid tradisional dalam pewangian. Berbeza dengan wangian konvensional yang membuka dengan nota teratas, diikuti nota tengah dan akhirnya nota asas, Paradigme menjejaki komposisinya dari bawah ke atas dalam apa yang dipanggil ‘piramid terbalik’.
Nota asas Ambery Woody yang menampilkan Peru Balm, resin Benzoin dan kayu Guaiac muncul dahulu, membawa tekstur berasap dan resinous. Ini kemudiannya bergabung dengan duo ekstrak geranium di bahagian tengah, sebelum bergamot Calabrian dan musk membawa kemewahan yang tiada tandingan.

Botol Paradigme menemui kecanggihan dalam kesederhanaan, dengan siluet seni bina dan kehalusan mutlak yang menangkap minimalisme ikonik Prada. Kecondongan segitiga dan garisan serong mencipta gerak isyarat seni bina, manakala gradien kaca hijau mendedahkan kedalaman tersembunyi. Dimahkotai dengan penutup jet-black yang sama seperti Paradoxe, botol Paradigme membentuk persamaan nyata antara kedua-dua keluarga wangian ikonik ini.
Prada Beauty menunjukkan tanggungjawab terhadap perubahan positif melalui reka bentuk botol yang boleh diisi semula. Paradigme meneruskan komitmen yang dimulakan dengan rangkaian Paradoxe, di mana isi semula 150ml membantu pengguna menjimatkan 65% kaca, 75% plastik, dan 100% logam berbanding tiga botol baharu 50ml. Botol kaca mengandungi 15% kaca dikitar semula, manakala kotak adalah FSC™ MIX yang diperakui.
Artikel berkaitan: Prada A Winter’s Tale Menghidupkan Magis Musim Dingin
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
