Semegah Haruman Le Lion De Chanel
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioHaruman Le Lion De Chanel lambang keperibadian terunggul yang membawa tuah. Ilham disebalik simbolik astrologi milik Gabrielle Chanel cetus aroma terbaru di Les Exclusifs De Chanel.

Gabrielle Chanel dilahirkan pada 9 Ogos 1883 di bawah zodiak Leo yang dikatakan membawa tuah buat dirinya. Kisah disebalik kehadiran haruman Le Lion De Chanel tercetus apabila dia mengikuti kembara bersama sahabat karibnya, José-Maria Sert dan isteri, Misia ke Venice sekitar tahun tahun 1920. Demi melupakan detik sedih setelah kehilangan cinta hatinya, Boy Capel. Kala menjejak kaki ke Kota Venice, dirinya seperti dilahirkan semula! Di sebalik kesibukan bandar serba artistik ini, dia kembali bangkit dengan lebih bertenaga ibarat simbol peribadinya.

Dirinya sangat menghargai kesenian. Lantas itu, Kota Venice ada segala-galanya untuk dia luahkan isi hatinya. Khazanah seni Byzantium yang ditemui olehnya tanda sempadan Timur dan Barat menjadi ilham sumber inspirasinya. Monumen berbentuk singa yang terletak di kediaman 31 Rue Cambon adalah penjaga abadinya. Terukirlah ilham sebagai ikon utama untuk koleksi Chanel High Jewelry serta tidak ketinggalan dalam koleksi Les Exclusifs De Chanel.

Le Lion De Chanel dilengkapi dengan warna kuning amber yang membangkitkan semangat Chanel kaya dengan ramuan eksklusif Bergamot, Lemon, Patchouli dan Sandalwood. Boleh dapatkan dengan harga di pasaran RM830/75ml atau RM1500/200ml.

Pautan berkaitan Rahsia Wangian Kekal Abadi
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
