Lady Gaga Meluahkan Perasaan Dalamannya
Senarai Penuh Pemenang GQ Men of The Year 2016
GLAM PROMOSI – JULAI 2017
Janet Jackson Bersuara Mengenai Penceraiannya Dan Juga Pengumuman Baru
Projek Baru Selena Gomez Bersama Netflix Mempunyai 13 Sebab
Home > Uncategorized > Previu Rancangan Terbaru Kylie Jenner: Life of Kylie

Previu Rancangan Terbaru Kylie Jenner: Life of Kylie

Anda mungkin berpendapat bahawa anda serba tahu mengenai kehidupan bintang realiti TV dan mogul kosmetik Kylie Jenner melalui pos-posnya di laman media sosial dan juga rancangan Keeping Up With The Kardashians. Namun, Jenner membuktikan yang banyak lagi perkara yang anda masih tidak tahu mengenai wanita ini.

 

Jenner telah berkongsikan sebuah video previu Life of Kylie yang menampilkan montaj kehidupannya dan beberapa babak daripada siri dokumentari tersebut.

 

“Apabila anda membesar di depan kamera, semua orang akan berfikir bahawa mereka mengenali anda… tetapi sebenarnya tidak,” nyata Jenner dalam klip tersebut.

 

Rancangan baru Jenner ini juga bakal menampilkan the side of Jenner yang orang umum tidak pernah lihat sebelum ini.

 

“Tiada siapa mempunyai kehidupan yang sempurna. Kini saya boleh mencari apa yang membuatkan saya bahagia. Saya mempunyai imej yang perlu saya jaga. Kemudian ada diri saya yang tersendiri, Kylie.”

 

Life of Kylie bakal menemui peminat-peminat pada 6 Julai ini di saluran E!