Gwen Stefani Menjadi Duta Global Syarikat Kosmetik
Senarai Penuh Pemenang British Fashion Award 2014
DVF Rai Jonathan Saunders Sebagai Pengarah Kreatif Baru
Selena Gomez: Kisah Di Sebalik Pembatalan Konsert dan Pusat Pemulihan
Kemunculan Umum Pertama Prince Harry dan Meghan Markle, Makes It Official
Home > Uncategorized > Pertandingan Buat Pelajar Fesyen Oleh Giorgio Armani

Pertandingan Buat Pelajar Fesyen Oleh Giorgio Armani

Pereka fesyen lagenda, Girogio Armani mengumumkan bahawa dia bakal mengadakan pertandingan buat pelajar jurusan fesyen, khususnya di United Kingdom. 

 

 

Mereka yang ingin menyertai pertandingan in perlu berikan idea “tafsiran mereka akan gaya British”, serta memilih salah satu kategori produk buat pengkhususan mereka yakni beg, sepatu mahupun pakaian luar.

 

Pertandingan yang dinamakan “New Bond” itu dilancarkan kelmarin dan terbuka kepada kesemua universiti dan kolej di bawah naungan British Fashion Council’s Colleges Network. Hal demikian dikhabarkan kerana beliau ingin menyambut Emporio Armani yang akan diperagakan buat julung kalinya di Minggu Fesyen London pada bulan September nanti. Tambahan pula, ia juga buat sambutan pembukaan lokasi terbaru jenama itu di Bond Street, London.

 

Giorgio merupakan juri utama dan akan memperlihat kemasukan oleh peserta-peserta sendiri. Tiga design akan dipilih, dihasilkan dan dibuat untuk pembelian umum di kesemua lokasi Emporio Armani di United Kingdom di samping buat pembelian atas talian. Selain itu, para pemenang juga akan diberi peluang sekali seumur hidup iaitu mereka akan dihantar untuk dilatih di ibu pejabat jenama tersebut di Milan — sesuatu yang tidak boleh dibeli menggunakan wang dan amat beharga buat mereka yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang fesyen.