Melania Trump Wanita Pertama Paling Cantik dan Seksi di Dunia?
Exclusive First Look Dari Kenzo x H&M
Kylie Jenner Tampil Dalam Kempen Terbaru Puma
Foto Ulang Tahun Puteri Charlotte
Ucapan Meryl Streep Yang Menyentuh Perasaan di Golden Globes
Home > Uncategorized > Lady Gaga Mahu Menggunakan Nama Sebenarnya Untuk Filem Terbarunya

Lady Gaga Mahu Menggunakan Nama Sebenarnya Untuk Filem Terbarunya

Nama Lady Gaga merupakan satu jenama buat penyanyi tersebut tidak kira apa jua yang dia lakukan. Be it sebuah kempen, konsert jelajah malah nama itu juga sudah membuat persembahan yang megah sewaktu Super Bowl awal tahun ini.

 

Lady Gaga (Stefani Germanotta) sebagai Ally dalam filem A Star Is Born

Namun untuk pembikinan semula filem A Star Is Born (2018) di mana dia bakal berkongsi skrin layar perak bersama Bradley Cooper, penyanyi tersebut tidak akan menggunakan nama Lady Gaga untuk mempromosikan karya terbarunya ini.

 

Lady Gaga akan menggunakan nama sebenarnya, Stefani Germanotta, atas sebab-sebab yang sangat bermakna buat dia dan watak tersebut.

 

Satu sumber menyatakan bahawa keputusan ini adalah sesuai kerana Gaga bakal memainkan watak seorang wanita yang tidak dikenali dan kemudiannya menjadi bintang kesukaan ramai.

 

Gaga sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal ini namun, mengikut kata-kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi tersebut, keputusan ini dibuat kerana dia mahu memisahkan personanya sebagai seorang pelakon dan penyanyi.

 

Tidak kiralah dia menggunakan nama Lady Gaga ataupun Stefani Germanotta, orang ramai masih akan mengenali bintang ini tidak kira apa jua keputusannya.