Apakah Sepatu Paling Ikonik Chanel?
Kasut flat? Espadrilles? Sneaker berlogo “CC”? Apakah sepatu paling ikonik jenama Perancis ini?
Sepatu ini telah direka oleh Coco Chanel lebih 60 tahun yang lalu, namun ia masih disambut hangat setiap musim fesyen! Lupakan tapak merah — kasut tumit tinggi ini merupakan kegemaran berpuluh-puluh editor fesyen di seluruh pelusuk dunia!
See Also

Foto: Getty Images
Menjelang setiap musim, rumah fesyen Chanel pasti keluarkan sepatu ikonik ini dalam pelbagai stail dan gaya -- namun dwi-tona klasik tetap menjadi pilihan ramai. Pada awalnya, sepatu ini direka sebagai sandal slingback untuk mimik kasut lelaki ketika itu. Kerana penggunaan dua rona, yakni nude bagi bahagian utama dan hitam bagi di jari, ia memberikan ilusi kaki lebih panjang dan tirus! Walaupun sudah bertahun wujud di scene fesyen, namun design sepatu ini dikekalkan sama, dengan bahagian hadapan bewarna kontras.
Sudahkan anda memilikinya?
