Loading media...

Unable to load content
Kendall Jenner Kehilangan Barang Kemas Bernilai $200,000
Senarai Penuh Pemenang British Fashion Award 2014
Chloé Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Pengarah Kreatif Clare Waight Keller
Kate Middleton dan Putera William Ingin Membesarkan Keluarga Mereka?
Kempen Terbaru Yves Saint Laurent S/S 2017
Home > Uncategorized > KKW Beauty Habis Dijual Sekelip Mata!

KKW Beauty Habis Dijual Sekelip Mata!

 

 
 
Kim Kardashian merupakan seorang model, pelakon, penyanyi (yes, she has a single), dan usahawan. Bersama adik-beradiknya yang lain, beliau mempunyai pelbagai rangkaian di bawah nama mereka — Kardashian atau Jenner. Dari minyak wangi dan pengilat kuku hinggakan ke jenama pakaian DASH, mereka bukan calang-calang newbie dalam dunia perniagaan! Kim Kardashian juga mempunyai sebuah permainan online yang membawa untung berpuluh-puluh jutaan dolar!
 
 

Baru-baru ini, Kim mengumumkan bahawa beliau bakal mengeluarkan koleksi mekap yang merangkumi kit kontur bernama KKW Beauty, bagi mereka yang inginkan solekkan signatur bintang Hollywood itu! Ia dikhabarkan berharga $48 dan telah dilancarkan pada hari Rabu lepas. KKW Beauty dibuat oleh Seed Beauty yang terkenal dengan jenama ColourPop, di Oxnard California.

Kim Kardashian telah tweet pada akaunya bahawa bermula dengan “Medium“, setiap satu rona warna kit kontur itu yang lain telah pun habis dijual kepada peminat, dalam masa 10 minit sahaja! Wakil KKW Beauty telah mengesahkan bahawa mereka bakal restock kit-kit tersebut dalam masa yang terdekat.

 

Namun, pihak rupawan itu enggan dedahkan berapa banyak kit yang dijual dalam satu hari. Women’s Wear Daily menganggarkan bahawa jenama itu pastinya sudah mempunyai sekurang-kurangnya 300,000 produk sebelum pelancaran. Jika maklumat sebegitu tepat, KKW Beauty meraih lebih $14 juta (RM60 juta) dari jualan Rabu sahaja!