Sebelum ini Emma Watson menarik perhatian media dan umum sewaktu dia sibuk dengan jelajah media untuk filemnya Beauty and the Beast dengan usahanya dalam membawa kesedaran kepada eco fashion melalui akaun Instagram @the_press_tour dan pada masa yang sama memukau orang ramai dengan gayanya yang menawan.
Kali ini seorang lagi pelakon millennial dan juga feminist, Zandaya pula menjadi tarikan dengan gaya-gaya yang ditampilkan oleh gadis berusia 21 tahun itu sambil dia mempromosikan filem terbarunya Spider-Man: Homecoming.
Zendaya sebelum ini pernah menggegarkan dunia hiburan dua tahun yang lalu sewaktu menghadiri majlis anugerah Oscars dengan mengenakan rambut dreadlocks yang dipuji ramai dan dipadankan dengan gaun putih oleh Vivienne Westwood yang membuatkan Zendaya kelihatan seperti seorang dewi Greek.
See Also
Chanel Mengeluarkan 4 Trailer Pendek Untuk Kempen Gabrielle
Selepas Reaksi Dingin Industri Fesyen Kanye West Mengubah Waktu Pertunjukannya
Minggu Fesyen Milan: Dolce & Gabbana Rai Bonda
Natacha Ramsay-Levi Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Chloé Yang Baru
Marc by Marc Jacobs Ditutup
Millennial It-Girl: Micah Gianelli
Jadi GLAM menyenaraikan gaya-gaya Zendaya yang menarik perhatian kami pada tahun ini!
