Budaya Pembedahan Plastik Di Korea
Gaya Mermaid Kembali, Rihanna Berona Daring!
Marc Jacobs Beauty Menampilkan Kecantikan Anak Cindy Crawford
Orgasm Kecantikan Bersama NARS
Rahsia Tubuh Badan Toned
Home > Uncategorized > Fenty Beauty Is Coming Very Soon!

Fenty Beauty Is Coming Very Soon!

Ratu pop, Ratu stail fesyen IDGAF, aktivis, dan pereka fesyen Rihanna bukanlah nama baru dalam dunia kecantikan ikutan kolaborasinya bersama Mac Cosmetics dan Ruby Foo. Khabar mengenai hasrat Rihanna untuk mengeluarkan rangkain kecantikannya di bawah nama Fenty Beauty sudah lama menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya semenjak nama ini didaftarkan oleh penyanyi itu tiga tahun yang lalu.

 

Foto Lia Toby/WENN.com

The wait is about to end, ladies (and gentlemen)!

 

Sebelum ini syarikat gergasi LVMH telah mengumumkan penglibatan mereka untuk merealisasikan Fenty Beauty dan sebelum ini Fenty Beauty juga telah membuat kemunculan sementara di Instagram sebelum di delete tidak lama kemudian. Dan sekarang @fentybeauty is up and alive!

 

Rihanna berkongsikan berita gembira ini pada akaun Insatgram miliknya dengan menampilkan tarikh rasmi pengeluaran rangkaian produk Fenty Beauty pada 8 September ini.