fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Scented Yet Sensitive
5 Beauty Influencers Anda Patut Ikuti di Instagram
MOST GLAM: Next Fashion Videographer
Apakah Itu Topical Steroid Withdraw Yang Kini Di Alami Tengku Chanela Jamidah?
Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Kulit
Home > Cantik > Gaya Mermaid Kembali, Rihanna Berona Daring!

Gaya Mermaid Kembali, Rihanna Berona Daring!

Oh, yes she did!

 

 

Rihanna sememangnya ratu di pentas fesyen antarabangsa. Baru-baru ini, Rihanna menggayakan tona rambut yang terlebih daring buat kesukaan ramai! Selepas Gigi Hadid, Rihanna pula menggayakan trend ini. Mungkinkah ia kembali di radar fesyen?

 

 

Rihanna tampil ke festival Crop Over di kota kelahirannya di Barbados bersama dandanan mahkota luar biasa, iaitu rambut bertona biru kehijau-hijauan, digayakan bersahaja — in classic Rihanna style.

 

Penyanyi Wild Thought ini sebelumnya pernah mengenakan sepelangi warna buat mahkota tercintanya itu, dari merah saga berdandankan potongan pixie, hingga ke rambut perang beach curls, Rihanna kills it every time! Hanya menunggu masa buat rupawa ini menggayakan rona mermaid!

 

https://www.instagram.com/p/BXcWR8VjXbZ/?taken-by=badgalriri

 

Rihanna memberikan debut gaya baharunya itu di laman Instagramnya, dengan kapsyen, “When yo hurr ready for crop over.” Ia telah dilihat lebih 2.6 juta kali oleh peminat-peminatnya, yang digelar Rihanna Navy. Beliau juga telah memuat naik satu lagi foto khas buat dandanan baharunya itu, serta mekap menawan secara terperinci.

 

Rihanna baru sahaja habis daripada tour akhbar antarabangsa buat filem terbaharunya, Valerian and the City of a Thousand Planets di mana Cara Delevigne juga melakonkan sebuah watak bersama.