Taylor Swift vs. Kim Kardashian West Round 2!
Tidak cukup dengan sekali, Taylor Swift dan Kim Kardashian West kini memulakan pusingan kedua perselisihan mereka dengan peminat-peminat Taylor menyerang Kim sekali lagi.
Umum mengetahui (Thanks, Taylor) Taylor telah kembali ke dalam industri muzik melalui album terbarunya, Reputation di mana dia tidak cuba menyorok rasa tidak puas hatinya terhadap individu-individu yang pernah berselisih faham dengannya sepanjang tahun 2016. Antaranya adalah Kanye West dan isterinya Kim melalui drama Snapchat yang terkenal pada tahun itu.

Sejurus selepas album tersebut dilancarkan, ramai yang ingin tahu reaksi Kim dan Kanye tentang bait-bait lirik yang ditujukan kepada mereka itu, namun pasangan tersebut meneruskan kehidupan mereka ibarat tiada apa yang berlaku. Hanya baru-baru ini Kim telah berkongsikan entri terbarunya di Instagram yang menyebabkan peminat Taylor menyangkal entri tersebut adalah untuk penyanyi kegemaran mereka itu.
See Also
Teman Lelaki Baru Rihanna Merupakan Seorang Pewaris Jutawan Arab Saudi
Ryan Reynolds Dianugerahkan Bintangnya Sendiri
10 BINTANG CIPTA HIGH DRAMA DI CANNES
Adam Levine Batal Konsert Maroon 5 Demi Behati
Hillary Clinton Memberi Ucapan Menghargai Oscar de la Renta
Ahli Sukan Muslim Mempertahankan Produk Nike Pro Hijab
A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on
Kim, melalui akaun Instagramnya sendiri, telah berkongsikan sekeping foto daripada pameran Famous Kanye pada tahun ini, sebuah pameran menggunakan model menggambarkan selebriti berbogel. Disertakan dengan kapsyen "famous" yang juga merupakan judul lagu Kanye yang memulakan kontroversi antara Kanye, Kim, dan Taylor tahun lalu membuatkan peminat Taylor tidak senang duduk. Now ingat lagi emoji ular yang digunakan oleh orang ramai untuk Taylor selepas kontroversi itu? Kini Taylor yang sudah menerima emoji ular tersebut sebagai tanda yang positif untuk dirinya juga telah mempengaruhi peminat-peminatnya. Mereka telah membanjiri bahagian komen Instagram Kim dengan emoji tikus. Why? Kerana ular makan tikus.
How is this going to end? We will see!
