fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Kendall Jenner Pula Dikatakan Hamil?
Wanita Malaysia Kimberley Ho Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 2019
Parti Hari Jadi Mewah JLo dan Teman Baharunya!
Rompakan Keatas Kim Kardashian Satu Konspirasi Dalaman?
Pengalaman Interaktif Runway Bersama Hotspotting World

Taylor Swift vs. Kim Kardashian West Round 2!

Tidak cukup dengan sekali, Taylor Swift dan Kim Kardashian West kini memulakan pusingan kedua perselisihan mereka dengan peminat-peminat Taylor menyerang Kim sekali lagi.

 

Umum mengetahui (Thanks, Taylor) Taylor telah kembali ke dalam industri muzik melalui album terbarunya, Reputation di mana dia tidak cuba menyorok rasa tidak puas hatinya terhadap individu-individu yang pernah berselisih faham dengannya sepanjang tahun 2016. Antaranya adalah Kanye West dan isterinya Kim melalui drama Snapchat yang terkenal pada tahun itu.

 

Sejurus selepas album tersebut dilancarkan, ramai yang ingin tahu reaksi Kim dan Kanye tentang bait-bait lirik yang ditujukan kepada mereka itu, namun pasangan tersebut meneruskan kehidupan mereka ibarat tiada apa yang berlaku. Hanya baru-baru ini Kim telah berkongsikan entri terbarunya di Instagram yang menyebabkan peminat Taylor menyangkal entri tersebut adalah untuk penyanyi kegemaran mereka itu.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse