Hailee Steinfeld: I Am Not Dating Justin Bieber
Ralph Lauren Bakal Diberi Penghargaan
Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live
Kemilau Intan Permata Kolaborasi Allove Diamond dan SK Jewellery
Michael Fassbender dan Alicia Vikander Kini Bercinta
Home > Uncategorized > Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang Bayi #4

Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang Bayi #4

Chicago West baru sahaja berusia 10 hari namun ibu dan bapanya, Kim Kardashian dan Kanye West, sudah pun mula merancang untuk menambah lagi bilangan cahaya mata mereka.

 

Kardashian dan West menyambut kelahiran Chicago tanggal 15 Januari yang lalu dan satu sumber melaporkan kepada People, sewaktu ibu tumpangan yang mereka gunakan itu sedang hamil dengan Chicago, Kardashian sudah pun merancang menggunakan ibu tumpangan yang sama untuk bayi keempat.

 

“Dia [Kim] sangat gembira dengan keseluruhan proses ini dan teruja untuk bersama dengan ibu tumpang mereka. Kanye pula dilihat mesra dengan suami kepada ibu tumpang mereka itu sewaktu menerima kelahiran Chicago.”

 

Kardashian yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat besar memang sudah lama berhasrat untuk mempunyai keluarga besarnya sendiri malah impiannya ini turut dikongsikan bersama Kanye yang dikatakan punca utama mereka membuat keputusan untuk menggunakan ibu tumpangan.

 

Mengumumkan kelahiran Chicago menerusi laman sesawangnya, Kardashian dan West merasa bersyukur dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu tumpang mereka sepanjang proses ini. Chicago (SHY-CAGO) kini menyertai dua lagi anak Kardashian dan West, North, 4, dan Saint, 2.