Meghan Markle Akhirnya Berkongsi Kisah Cintanya Bersama Putera Harry
Demam Bola Sepak Tag Heuer
Adik Kate Moss Debut Runway Di Minggu Fesyen Paris
Nobu Hos Hari Jadi Tengku Chanela Jamidah
Most GLAM 2017: Qistina Taff

Neelofa dan Karlie Kloss Meraikan #BrillianceForAll Oleh Swarovski di Milan

Milan Fashion Week baru sahaja bermula dengan beberapa jenama besar di kota Milan dan Swarovski juga tidak mahu ketinggalan untuk meraikan permulaan minggu yang istimewa ini untuk meraikan kempen Holiday mereka #BrillianceForAll dengan "Crystal Wonderland Party" di Milan bersama beberapa nama besar termasuklah selebriti tempatan kita Neelofa dan influencer Venice Min.

 

Tidak lupa juga duta besar Swarovski, supermodel Karlie Kloss juga turut hadir dalam persalinan kristal Swarovski rekaan Ronald van der Kamp.

 

Bintang-bintang kempen Holiday seperti Naomi Campbell, Jourdan Dunn, Chiara Ferragni, Maye Musk, Boy George, Fei Fei Sun, Maggie Jiang, Bryanboy, Eric Rutherford dan Nolan Funk juga hadir untuk memeriahkan lagi malam tersebut.

 

Parti tersebut telah diusahakan oleh ahli Lembaga Eksekutif Swarovski Robert Buchbauer di Villa Gernetto yang menawan di sebuah kawasan pedalaman Milan. Nama-nama besar lain yang turut hadir adalah model Alessandra Ambrosio, Martha Hunt, Shanina Shaik, dan influencer dari Brazil Giovanna Ewbank.

Foto Jacopo Raule/Getty Images untuk Swarovski