Gambar: KLFW RTW 2015
Sentuhan magis Syaiful Baharim menyuntik ciri moden disebalik kelembutan seorang wanita dan mengangkat gaya tradisional setiap helaian rekaan adi busanannya. Bukan sahaja mendapat sanjungan tinggi di Malaysia malah namanya kian bersinar di luar negara seperti London, Manila dan Sydney. Walaupun dijulang tinggi, Syaiful Baharim masih merendah diri dan begitu mesra sekali.
Maksud fesyen bagi anda?
Fesyen bagi saya adalah suatu perkara yang mengeksprestasikan jiwa dan visi dalam menghasilkan busana atau pakaian. Ia ibarat seni paling berharga di dunia.
Gaya anda adalah?
Saya seorang yang sangat ringkas dan bersahaja jika disentuh bab penggayaan. Bagi saya, cukup sudah jika mengenakan pakaian yang selesa kala hendak ke butik atau ketika dalam bertemu teman.
Rekaan signature?
Sudah tentu potongan bersih dan polished silhouette.
Bagaimana inspirasi tercetus dan siapakah pereka antarabangsa kegemaran?
Mendapat inspirasi itu mudah bagi saya, kadangkala bertemu dengan pelanggan dan mendengar apa yang mereka inginkan juga boleh mencetus idea baru untuk saya berkarya. Soalan pereka kegemaran terlalu ramai dalam senarai saya, cukuplah sekadar meneliti rentak rekaan mereka yang bold, daring dan karekter kuat dalam mementaskan apa yang terselindung disebalik fikiran kreatif mereka.
Definisi bandar fesyen anda?
Contoh paling terdekat, memilih Kuala Lumpur sebagai kota fesyen kegemaran saya. Setiap individu yang tampil dengan pelbagai persalinan mengikut citarasa merupakan definisi saya. Jika kita lihat, gaya mereka menerangkan peribadi dan idea mereka.
Dalam masa 10 tahun, siapakah anda?
Dengan bangganya, jutaan terima kasih tidak terhingga kepada individu yang sudi menerima kehadiran saya dalam arena fesyen dan mungkin segala karya agung saya pasti dijadikan sumber inspirasi kepada pereka muda kelak.
Nasihat terhadap pereka muda?
Sebelum itu, saya lihat semakin ramai golongan belia yang ingin menceburi bidang fesyen ini. Nyata bukan mudah untuk mendapat kepercayaan golongan fesyen ini, Ingat sahajalah kata-kata saya iaitu, work hard, work hard and work hard.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
