Wanita Perintis Yang Menawan Langit: Kisah Berani Di Sebalik Legasi Longines
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
Keunggulan Neo-Santara Kini Menguasai Pentas Fesyen Global
A-Listers In White! Most GLAM 2019 Meraikan The Great Big Alumni!
KL Festival 2026 Kembali Menjadi Pentas Warisan Seni Malaysia
Home > Capsule Wardrobe, Ini Item Evergreen Yang Perlu Anda Ada!

Capsule Wardrobe, Ini Item Evergreen Yang Perlu Anda Ada!

Almari yang penuh tidak semestinya menjamin gaya yang versatil. Dengan konsep capsule wardrobe, beberapa item evergreen daripada jenama mewah sudah cukup untuk mencipta pelbagai penampilan yang elegan dan sentiasa relevan. 

Untuk individu yang mempunyai gaya hidup moden dan dinamik, konsep capsule wardrobe menjadi pilihan praktikal untuk memastikan penampilan anda sentiasa rapi tanpa perlu memiliki terlalu banyak helaian. Item evergreen ini boleh dipadankan dengan satu sama lain dalam pelbagai cara untuk menghasilkan penampilan yang stylish. Daripada busana formal hingga ke acara santai, item pakaian yang evergreen boleh menjadikan rutin harian anda lebih teratur. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan kehidupan, malah membantu membina gaya peribadi yang elegan dan kekal relevan sepanjang masa. GLAM himpunkan beberapa helaian must-have untuk koleksi capsule wardrobe anda.

Ini Item Ikonik Yang Wajar Menghuni Almari Anda!

1. Kemeja putih berkualiti – Prada

Sebagai salah satu helaian paling asas dalam dunia fesyen, kemeja putih memainkan peranan penting kerana sifatnya yang versatil dan tidak lapuk dek masa. Rekaannya yang minimal memudahkan ia untuk dipadankan dengan hampir semua jenis pakaian, sekali gus menjadikannya item penting dalam capsule wardrobe. Maka, ia dapat mencipta pelbagai gaya yang effortless. Cotton poplin shirt daripada Prada ini menonjolkan keanggunan moden dengan potongan bersih dan fabrik eksklusif. Ia boleh digayakan secara formal bersama seluar potongan kemas atau dipadankan dengan denim dan skirt bercorak untuk gaya kasual yang tetap chic.

2. Seluar tailored – The Row

Seluar tailored adalah signifikan dalam capsule wardrobe kerana potongannya yang berstruktur mampu memberikan siluet yang kemas dan sofistikated pada keseluruhan penampilan anda. Ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai jenis gaya baju untuk suasana berbeza. Jenama The Row terkenal dengan estetika minimalis yang elegan. Contohnya, The Row Beta Pant ini menampilkan potongan yang rapi serta fabrik berkualiti tinggi. Lantas, ia menjadi pelaburan fesyen yang bernilai kerana gayanya yang evergreen

3. Denim klasik – Levi’s

Denim adalah helaian asas yang sentiasa relevan kerana sifatnya yang serbaguna dan mudah digayakan. Daripada gaya santai harian hingga padanan dengan blazer untuk majlis semi-formal, denim Levi’s memberikan kombinasi sempurna antara keselesaan, kualiti premium, dan penampilan yang tetap bergaya. Mereka terkenal dengan kualiti fabrik yang tahan lama dan potongan ikonik yang menyerlahkan gaya santai serta sesuai untuk pelbagai bentuk badan. 

4. Blazer essential – Max Mara

Blazer adalah helaian yang wajar dimiliki dalam capsule wardrobe kerana ia mampu memancarkan aura elegan dalam penampilan anda dengan serta-merta. Versatil dan mudah dipadankan dengan pelbagai lapisan pakaian seperti seluar, skirt atau gaun, blazer dapat menyerlahkan siluet badan, menonjolkan bahu dan pinggang, sambil mencerminkan aura anggun. Contohnya, blazer daripada Max Mara terkenal dengan potongan tajam dan siluet yang rapi apabila digayakan. 

5. Knitwear Signature – Loro Piana

Knitwear adalah helaian asas yang menggabungkan keselesaan dan gaya sofistikated. Sesuai sewaktu cuaca sejuk atau sebagai lapisan tambahan kepada busana anda, helaian ini mudah dipadankan dengan kemeja, jeans, atau skirt midi. Anda boleh pilih warna neutral seperti krim, coklat, atau hitam untuk fleksibiliti, manakala potongan seperti turtleneck atau crewneck menambah sentuhan elegan yang effortless. Knitwear bukan sahaja menjaga kehangatan, tetapi juga menyerlahkan aura bergaya dalam setiap penampilan, menjadikannya item abadi dalam capsule wardrobe

Artikel berkaitan: Intip Elemen Gaya Dalam Koleksi Longchamp Summer 2026