Galaxy S26+: Telefon Pintar Intuitif Untuk Gaya Hidup Moden Dan Imersif
The Miu Miu Effect
4 Jenis Bentuk Badan Versi Selebriti Hollywood
Drama Bersiri Squid Game Musim Kedua Kini Mendarat Di Netflix!
Kisah Pesan Umi Sharifah Rose Di Pagi Raya Bersama Lancôme
Home > K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Di Oscars 2026

K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Di Oscars 2026

Filem K-Pop Demon Hunters mencatat sejarah apabila mereka berjaya merangkul 2 anugerah berprestij Oscars untuk ‘Best Animated Featured Film’ dan ‘Best Original Song’.

Lampu cerah kamera, karpet merah berkilau dan aura glamor menyinari malam Anugerah Oscars buat tahun 2026, di mana bakat dan kreativiti bergabung. Namun, malam itu menjadi milik pasukan kreatif di sebalik filem K-pop Demon Hunters yang mana mereka berjaya dinobatkan sebagai pemenang untuk 2 anugerah unggul. Ini merupakan detik bersejarah untuk landskap kreatif Korea Selatan apabila karya seni mereka terus mencipta impak global dan mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa. 

Mencatat Sejarah di Persada Dunia

K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Oscars 2026

Foto kredit: Mike Blake/Reuters

Kejayaan K‑Pop Demon Hunters meraih kemenangan penuh gemilang buat Best Animated Feature Film menandakan satu pencapaian luar biasa buat landskap animasi global. Lebih menarik lagi, pengarah filem tersebut, Maggie Kang merupakan pengarah filem Korea Selatan pertama untuk memenangi kategori Best Animated Feature Film. Pada masa yang sama, beberapa penulis bersama lagu ‘Golden’ turut mencipta kejayaan tersendiri sebagai warganegara Korea Selatan pertama yang merangkul kategori Best Original Song. Pencapaian ini ternyata berjaya mengangkat nama Korea Selatan dalam industri kreatif global. 

Di dalam ucapannya sewaktu menerima anugerah tersebut, Maggie menyatakan penghargaannya kepada Academy Awards dan peminat yang menyokong filem tersebut. Pengaruh ini turut mengimbau tempoh penantian yang panjang bagi pengiktirafan Korea dalam filem seumpama ini, sambil meraikan pencapaian bersejarah yang memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Ucapan penuh emosi ini turut dihiasi dengan kehadiran Chris Appelhans, pengarah bersama, yang dengan penuh semangat menggalakkan pencipta muda di seluruh dunia untuk berkongsi kisah mereka sendiri kerana kini, dunia telah bersedia untuk menghargai suara mereka.

K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Oscars 2026

Foto kredit: Kevin Winter/Getty Images

Diiringi anugerah tersebut, filem itu juga meraih kemenangan untuk Best Original Song bersama lagu fenomena global itu berjudul ‘Golden’. Kemenangan di Anugerah Oscars 2026 menandakan kali pertama sebuah lagu K-pop mengungguli pegiktirafan berprestij dalam kategori tersebut. EJAE, penyanyi dan penulis bersama lagu Golden’, berkata bahawa semasa membesar, orang selalu mengejeknya kerana meminati K-pop, namun kini semua orang menyanyikan lagu mereka semasa ucapan penerimaannya. Kemenangan kedua anugerah ini menjadi penuh bermakna buat pasukan dan pelakon yang memberikan nyawa kepada filem sensasi global itu. Anugerah Oscars yang ke-98 ini bukan hanya tentang piala mahu pun kemenangan, tetapi ia adalah perayaan kreativiti, kolaborasi dan penghargaan dalam menghasilkan seni perfileman kreatif yang berkualiti tinggi.

Artikel berkaitan: Gaya Selebriti Yang Mendominasi Momen Karpet Merah Oscar 2025