Gaya Ratu Rihanna Di Tayangan Perdana Filem Terbaharunya!
Personal Ponco Burberry Prorsum
Gaya Celana Di Karpet Merah Governors Award
Inspirasi Fesyen Daripada Street Style Kota Paris
Pereka Fesyen Tempatan Anda Harus Kenali!
Home > Uncategorized > Minggu Fesyen Milan: Dolce & Gabbana Rai Bonda

Minggu Fesyen Milan: Dolce & Gabbana Rai Bonda

Italy Fashion: Women's Fall/Winter 2015-2016 collections: Dolce&GabbanaGambar: TPGVIP

 
Koleksi musim luruh/sejuk 2015 Dolce & Gabbana tampil memukau dengan tema ibu, ditujukan khas kepada ibu di seluruh dunia.
 
Dinamakan Viva la Mamma, pementasan bermula apabila tirai dibuka dan mendedahkan 11 orang ibu bersama anak mereka di atas pentas. Dari bayi sehinggalah ke kanak-kanak, masing-masing dipangku dan dipimpin erat ibu mereka. Peragawati sarat hamil Bianca Balti kemudian muncul diiringi lagu “Mama” nyanyian Spice Girls. Barisan peragawati kemudian melewati pentas diiringi beberapa kanak-kanak dalam persalinan yang sama.
 
Hadirin yang hadir turut diberi salinan lagu “Hurray for Mummy” nyanyian penyanyi Itali, Edoardo Bennato, diterjemahkan ke 15 bahasa berbeza.