Real Regal

Oleh: Yana Baharudin

 

DAMIANI BONGKAR SEJARAH EKSKLUSIF DIRAJA RUSIA

 

Pengarah Kreatif jenama barangan kemas mewah Itali, Damiani menjelmakan kembali kehebatan sejarah silam perkahwinan diraja Putera Nicholas Romanovich Romanov bersama Countess Sveva Della Gherardesca tanggal 21 Januari 1952. Tiara yang dilahirkan menerusi koleksi Fiori d’Arancio ini diadaptasi dari tiara yang dipakai oleh Sveva yang dipenuhi dengan bunga-bunga kecil rona jingga menghiasi kepalanya. Estetika yang sama dikembalikan dengan rekaan tiara melingkar dibahagian hujung kiri dan kanan tiara tersebut.

 

Maka, menjadikan koleksi ini lebih moden dan kini, Damiani menyempurnakan bersama tatahan 4500 butir berlian, 500 gram emas serta 83 butir mutiara jepun. Menariknya Damiani turut mengekalkan muse himpunan ini bersama keturunan diraja Tsars dengan menampilkan Nicoletta Romanoff yakni cucu kepada Putera Nicholas Romanovich Romanov, juga aktif dalam bidang lakonan. Kolaborasi ini turut dibuat menerusi satu lagi koleksi yang digelar The Fiocco diinspirasi dari fesyen era abad ke-17 dengan menampilkan rekaan barangan kemas mewah berbentuk reben.

 

 

POST A COMMENT