5 Stail Malam Minggu

Hujung minggu tiba lagi! It’s time for girl’s night out! Serlahkan gaya Friday night out anda dengan beberapa ilham dari GLAM. Nikmati malam minggu anda dengan bergaya.
 

Asymetrical outfit

Gambar: TPG images


 
Dinner with BFF

Makan malam bersama rakan anda di restoran baru akan tampak lagi stail dengan gaya skirt simetrikal  dipadankan dengan kasut ankle boot. Serlahkan betis kaki yang cantik setelah berhari-hari anda menaiki tangga.
 

Low key night outfit

Gambar: TPG images


 
Hang out!

Jika anda inginkan malam yang santai seperti berlibur di bar atau kafe-kafe di jalan Kuala Lumpur, gayakan dengan seluar skinny hitam dipadankan dengan t-shirt kegemaran anda  dan kenakan satu atau dua aksesori  untuk melengkapkan lagi gaya anda.
 

Maskulin outfit

Gambar:TPG images


 
Maskulin Ladies

Ladies, try something new! Berubah dari pakaian biasa anda dan cuba sesuatu yang berbeza. Gayakan jewelled-toned, slim-fit suit dengan sepasang brogues paras buku lali untuk serlahkan gaya maskulin anda. Untuk tampil seksi, jangan kenakan sebarang pakaian di bawah blazer anda ataupun cuba padankan dengan korset dan lengkapkan gaya seksi anda dengan kasut tumit tinggi.
 

70S glam outfit

Gambar: TPG images


 
70’s GLAM

Girl’s night out adalah masa yang terbaik untuk mengambil risiko dalam berfesyen. Kembali ke era 70-an dengan jumpsuit dengan potongan leher- V. Lengkapkan gaya anda dengan sentuhan barangan kemas atau aksesori logam emas.
 

Hotel bar outfit

Gambar: TPG images


 
Exclusive Hotel Bar Night

Bagi anda yang dijemput ke parti yang diadakan di bar hotel mewah, anda perlu tampil lebih dramatik.  Padanan bustier dengan studded stilettos adalah kunci utama untuk memastikan malam minggu yang menakjubkan. Lengkapkan keseluruhan gaya anda dengan jaket kulit  dan polished skirt untuk tampil seksi di parti tersebut.
 

POST A COMMENT