Dua Lipa Curi Perhatian dengan Gaun Merah & Orkestra di Royal Albert Hall
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioDua Lipa tampil anggun dan memberikan persembahan luar biasa di dalam album yang dinyanyikan secara langsung.
Gaya konsert Dua Lipa biasanya melihatnya mengenakan banyak pakaian kulit dan stoking fishnet. Namun, semasa persembahan yang penuh makna di The Royal Albert Hall, di kampung halamannya di London, penyanyi ini mengubah gaya konsert biasa (termasuk produksi lagu-lagu pop hitsnya).
Gaun merah, iringan koir & orkestra

Diiringi oleh sebuah kumpulan koir dan orkestra penuh, Lipa muncul di pentas mengenakan gaun korset merah. Gaun tanpa tali itu mengingatkan pada gaya Old Hollywood, dengan potongan leher sweetheart dan struktur tulang, serta belahan tinggi di bahagian paha.
Untuk sentuhan glamor, penyanyi ini melengkapkan penampilannya dengan sarung tangan opera berwarna burgundy dan selendang nipis yang sepadan, yang dibalut dengan dramatik di leher dan bahunya.
Penampilan Lipa diinspirasikan daripada gaya tahun-tahun terdahulu, yang menjelaskan rasa retro dalam rekaan tersebut. Penata gayanya, Jahleel Weaver, bekerja dengan Jean Paul Gaultier untuk mencipta semula gaun dari koleksi couture musim bunga 2001, dengan warna merah sepenuhnya yang disesuaikan.

Lipa kemudian menukar kepada gaun hitam Chanel rekaan khas yang bersaing dengan kehalusan penampilan pertamanya. Tali gaun yang dihiasi dengan manik hitam-putih terjurai dari bahunya dan menghiasi bahagian bawah bodis yang menampakkan perut, manakala ros hitam menjadi hiasan di leher halter-gaunnya. Dia kemudiannya bergabung dengan Elton John untuk mempersembahkan duet mereka, ‘Cold Heart.’
@styleslipa SHE ATEEEE #dualipa #royalalberthall #parati #fyp ♬ sonido original – 🎱
Susulan pelancaran album barunya pada 6 Disember lalu, lagu Dua Lipa yang berjudul Training Season kembali menjadi viral di TikTok. Lipa dibanjiri dengan komen-komen positif tentang betapa bagus persembahan serta memuji suaranya.
Album Dua Lipa Live From The Royal Albert Hall ini memaparkan versi baharu Radical Optimism yang dipersembahkan secara keseluruhan, dengan membawakan beberapa lagu hitsnya yang diiringi oleh Orkestra Heritage yang terdiri daripada 53 ahli yang dikendalikan oleh Ben Foster, koir seramai 14 orang, dan band 7 orang.
Album ini juga menampilkan duet mengejut dengan ikon muzik Elton John melalui lagu “Cold Heart”, serta persembahan secara langsung buat pertama kali untuk lagu-lagu seperti “Dance The Night” dari OST Barbie, “Maria”, “Anything For Love”, “End Of An Era”, dan banyak lagi dari album terbaru Lipa yang sedang menakluk carta, Radical Optimism.
Artikel Berkaitan: Dua Lipa Nikmati Makanan Tempatan Di Singapura, ‘Approved’ Rasa Tau Foo Fah!
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
