Beg Tangan Studded Kembali Menghiasi Radar Fesyen!
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioTrend fesyen sentiasa bergerak dalam kitaran, dan kali ini, beg tangan studded kembali menjadi bualan utama di kalangan pencinta gaya.
Pernah menjadi simbol ‘rock chic’ dan kemewahan edgy pada era awal 2000-an, beg yang dihiasi stud logam ini mengimbau memori zaman glam punk yang digemari ikon fesyen seperti Kate Moss, Victoria Beckham, dan Gwen Stefani. Kini, rumah fesyen ternama seperti Valentino, Alexander McQueen, Saint Laurent, dan Miu Miu kembali mengangkat beg studded dalam koleksi terbaharu mereka, tetapi dengan sentuhan moden yang lebih sofistikated. Hasilnya, beg studded bukan lagi sekadar lambang gaya rebel, malah menjadi pernyataan fesyen mewah yang boleh digayakan merentas pelbagai acara.
Studded handbag making a comeback!

Berbeza dengan rekaan terdahulu yang sarat dengan hiasan logam, versi terkini tampil lebih bersahaja dengan struktur kemas, saiz pelbagai bentuk, dan palet warna neutral atau monokrom. Elemen stud kini digunakan secara strategik sama ada sebagai aksen halus pada tepi beg atau susunan simetri yang memberi tekstur unik. Perubahan ini menjadikannya lebih versatil, sesuai untuk digayakan ke pejabat pada siang hari atau gaun hitam klasik untuk acara malam.
Menepati perkembangan trend studded yang sedang melonjak global, pereka tempatan Malaysia, Nazifi Nasri juga menyumbang sentuhan unik ini melalui Barrel East-West Bag with Studs dan Jumbo Tote. Reka bentuknya membuktikan bahawa pendekatan fesyen Nazifi Nasri menggabungkan minimalisme klasik dengan elemen menyerlah, sesuai untuk penggemar gaya yang menginginkan aksesori berani namun tetap elegan.
View this post on Instagram
Sorotan LainVictoria’s Secret Fashion Show 2017 Takluk Kota Shanghai
Ini Trend Fesyen 2026 To Look Forward
Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris
Inspirasi Gaya Terbaik Ke Majlis Black Tie
Kembara Fesyen Kate Spade Melalui Stor Pop-Up Konsep Kreatif
Identiti Tersendiri Amal Clooney![]()
Kembalinya trend ini juga seiring dengan kebangkitan gaya Y2K dan estetika ‘statement accessories’ yang memberi impak visual segera. Bintang media sosial dan selebriti seperti Dua Lipa, Alexa Chung, dan Bella Hadid dilihat membawa beg studded dalam gaya santai mahupun formal, sekali gus membuat kemunculan semula di radar fesyen global.
Bagi penggemar fesyen, beg studded adalah pelaburan gaya yang tidak lekang dek zaman. Ia membawa keseimbangan sempurna antara elemen berani dan kemewahan klasik, memberi pemakainya aura keyakinan yang terserlah. Sama ada dipadankan dengan jeans dan kemeja putih untuk gaya kasual chic, atau disuai padan bersama sut potongan tajam untuk tampilan korporat dengan sentuhan berani, beg studded membuktikan bahawa gaya ikonik ini tidak pernah benar-benar hilang ia hanya menunggu masa yang tepat untuk kembali bersinar di bahu wanita seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: Hadiah Untuk Hari Ibu 2025: 5 Pilihan Mewah Termasuk Barang Kemas & Beg Tangan Berjenama
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
