Related Stories
Tampil bergaya dengan koleksi Georgica, yang terkini daripada TUMI untuk musim luruh 2023 ini, sesuai buat wanita yang impikan stail lebih segar juga praktikal.
Bila berbicara tentang beg, wanita hari ini lebih mementingkan gaya praktikal baik ke tempat kerja ataupun tatkala bercuti. Namun, dalam pada masa yang sama, reka bentuk turut memainkan peranan penting. Kualiti dan pembuatan terbaik juga menjadi dorongan utama untuk seseorang itu melaburkan wangnya dalam membeli sesebuah beg.
TUMI antara jenama hebat serta memiliki kualiti ketukangan premium. Semenjak 1975 lagi, TUMI sudahpun mencipta perniagaan bertaraf dunia serta keperluan mewah berprestasi tinggi, dan direka untuk menaik taraf, tidak merumitkan serta mencantikkan segala aspek kehidupan harian pelanggan mereka. Mengetengahkan idea Hypercraft untuk koleksi terkini, TUMI mengutamakan penjagaan, kemahiran dan kepintaran dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi secara teknikal berserta reka bentuk buatan tangan mewah.
Koleksi Georgica Buat Wanita Moden Hari Ini

Koleksi TUMI Georgica Valarie Tote
Koleksi Georgica antara koleksi terkini yang dilancarkan oleh TUMI buat musim luruh 2023 ini. Ia adalah sebuah koleksi yang dicipta khas buat wanita moden hari ini. Jika anda melihat koleksi Georgica ini, anda akan dapat saksikan cerminan jenama ini dalam memperjuangkan komitmen mereka untuk mencipta produk penuh berkualiti, berinovasi dan bergaya dalam pada masa yang sama.
Buat anda yang sukakan gaya minimal namun masih kekal tampil sofistikated, inilah koleksi paling sesuai buat anda. Jika ditatapi dekat, koleksi ini diperbuat daripada material kulit berbatu bijian asli atau kulit licin, sangat lembut dan ringan dan percaya atau tidak, ianya tahan lasak, sesuai untuk kegunaan harian. Tidak lengkap dengan itu, gaya draping yang elegan berserta struktur lembut yang disuntik buat koleksi ini. Ia boleh digayakan untuk apa jua acara, dan memandangkan ia bukanlah sekadar beg kasual nylon biasa atau juga beg kulit yang berat, ini menjadikan ia antara beg terbaik pilihan kami daripada TUMI musim ini.
Di dalam koleksi Georgica ini terdapat empat buah produk iaitu Valorie Tote, Milinia Laptop Sleeve, Marylea Crossbody dan Fairlea Backpack. Penuh variasi dan ternyata TUMI bijak dalam menghadirkan beg pelbagai fungsi buat setiap wanita baik yang mengidamkan beg harian untuk kerja atau juga untuk di bawa kala bercuti. Selain itu, pilihan warnanya yang cukup mewah, koleksi Georgica ini hadir dalam pilihan warna seperti hitam, taupe, deep plum juga terracotta. Cukup glamor dan versatil!
Bukan itu sahaja, antara yang menarik terdapat pada koleksi terkini ini adalah pada fungsi penutupan snap magnetnya yang cukup kukuh langsung membantu penyimpanan barang di dalam beg menjadi lebih selamat. Kemudahan beg ini yang membolehkan anda menggantung justeru memadukan bersama seperti padanan Bernadine Pouch dan Milinia Laptop Sleeve yang digantung pada beg Valorie Tote juga Fairlea Backpack membuatkan segalanya lebih mudah dan praktikal. Anda boleh menggendong dua beg dalam satu masa tanpa rasa tidak selesa.

Reneé Rapp bersama koleksi TUMI Georgica Jodys Tote
Baru-baru ini TUMI turut memperkenalkan penyanyi-penulis lagu serta pelakon, Reneé Rapp, sebagai wajah terkini mereka. Reneé adalah ikon wanita hari ini dalam mengetengahkan paduan gaya praktikal dan versatiliti untuk dunia moden hari ini! Buat anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang koleksi ini, layari laman web rasmi mereka di sini.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
