Gaun Perkahwinan Ratu Elizabeth II Direplikakan
Persalinan Ratu Elizabeth II ketika perkahwinannya bersama Putera Phillip pada tahun 1947 merupakan salah satu gaun perkahwinan paling ikonik sepanjang zaman.
Sepasang replika tepat telah ditempah semula bagi rancangan drama The Crown, yang menceritakan tentang kehidupan Ratu Elizabeth II ketika perawalan baginda menaiki takhta. Kos bagi drama tersebut? Lebih $130 juta dollar, dan gaun perkahwinan replika tersebut sahaja sudah mencecah kira-kira $37,000 (hampir RM 160,000)! Ia mengambil masa tujuh minggu untuk menyiapkan gaun tersebut walaupun hanya berada di skrin selama 9 minit dalam episod pertama.
Diinspirasikan gaun asal yang diperbuat dari sutera ivori dan satin duchesse oleh Norman Hartnell, gaun replika itu mempunyai detail yang sangat teliti seperti motif sulaman bintang berbunga dan 10,000 mutiara diterbangkan khas dari Amerika. Persalinan itu dilengkapi dengan dua utas mutiara dan tiara berlian, bersama kelubung tulle. Gaun asal oleh couturier diraja itu mengambil masa selama enam bulan untuk disempurnakan.
https://www.instagram.com/p/BHC2JqEASHW/?taken-by=royal_collection_trust
https://www.instagram.com/p/BHEu-49ACjz/?taken-by=royal_collection_trust
Oleh: Aizat Azman Shah
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

