fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dress Selebriti Yang Mencuri Perhatian di Grammy Awards 2019
Barisan Bintang Bersinar Di Pertunjukan Adibusana Schiaparelli AW25
Versace: Sporty VS Feminin
J12: The New Look
GLAM X Coach – Meraikan 75 Tahun Label Coach
Home > Fesyen > Chryseis Tan in Command!

Chryseis Tan in Command!

CHRYSEIS TAN MEMILIH UNTUK MEMBINA SESUATU DENGAN DERAPAN YANG LEBIH TENANG. SEJAK BERGELAR IBU, DIA MELUPAKAN KEINGINAN TERHADAP KESEMPURNAAN DAN BELAJAR MENGHARGAI SETIAP MOMEN KECIL BERSAMA KELUARGA

pengarah kreatif & teks  Aizat Aidid konsultan kreatif Cheah Wei Chun pengarah seni Amirul Arifin penata gaya ERVIN TAN gambar AARON LEE solekan SHARMAN YEE dandanan CODY CHUA  penyelaras Syahirah Hussain pelatih amali IZZATI HAILIZAM & TYRAA BAHARI

Sudah lama GLAM mengidamkan wanita ini menghiasi kulit majalah. Setiap kali cuba diaturkan sesi suntingan, Chryseis Tan sering terikat dengan komitmen kerja yang membawanya terbang ke serata dunia. Jika tidak bekerja, dia berada dalam fasa kehamilan. Maka hasrat yang disimpan sekian lama terpaksa ditangguhkan. Kali ini, saya mencuba lagi. Seusai tempoh berpantang anak ketiganya, waktunya terasa tepat. Saya mengirimkan mesej ketika dia berada di Jepun, meluangkan masa bersama keluarga. Tidak sampai beberapa minit, balasan diterima. “Kita lakukan cover shoot setelah saya kembali ke KL.” Segalanya terus dipersiapkan. Dan apabila hari itu tiba, Chryseis hadir tanpa iringan. Sendiri. Dengan senyuman manis dan ketenangan yang cukup memikat, perjalanan sesi penggambaran bersama bagai satu pelayaran yang amat mudah.

Barang kemas Cartier dan dress Wei Hao Yong

Kematangan yang dimilikinya kini begitu jelas. Dia memilih pendekatan yang lebih tenang, lebih terkawal dan lebih selari dengan suara hatinya. Bukan kerana dia tidak mampu berada di bawah sorotan, tetapi kerana dia mengerti tidak semua perlu ditonjolkan. Dalam fasa kehidupan yang dipenuhi peranan sebagai ibu, usahawan dan figura dalam ruang sosial yang signifikan, Chryseis tidak lagi mengejar perhatian itu. Sebaliknya, dia hadir dengan karakter yang lebih lembut, konsisten dan berdisiplin, sebuah evolusi yang terasa lebih jujur dan bermakna.

MELEPASKAN KESEMPURNAAN

Saya juga, seperti ramai yang lain, mengagumi Chryseis Tan dari jauh. Kita mengikuti perjalanan hidupnya, daripada seorang wanita bujang, mendirikan rumah tangga bersama figura yang sering digelar antara the hottest bachelor in town, SM Faliq SM Nasimuddin, sehinggalah dikurniakan cahaya mata sebagai anugerah paling berharga.

chryseis tan

Sejak bergelar ibu, wujud satu kejelasan baharu dalam dirinya. Dia lebih pasti tentang apa yang penting, ke mana tenaga harus disalurkan dan jenis kehidupan yang ingin dibina buat anak-anak serta keluarganya. “Menjadi seorang ibu mengajar saya bahawa kawalan bukanlah tentang memegang segalanya dengan erat. Sebaliknya, ia tentang memahami apa yang benar-benar layak menerima perhatian dan apa yang perlu dipercayai. Secara peribadi, keibuan membuatkan saya lebih rela menerima ketidaktentuan dengan tenang. Tidak semua akan berjalan seperti yang dirancang, namun ia juga menjadikan saya lebih berdisiplin dan lebih jelas dalam setiap niat yang dibina,” ujar Chryseis Tan, membuka bicara tentang definisi ibu moden hari ini.

Barang kemas koleksi Clash daripada Cartier. Jaket dan kemeja Louis Vuitton.

Jika dahulu Chryseis beranggapan bahawa kasih sayang perlu dizahirkan secara berlebihan, kini perspektif itu berubah sepenuhnya. Sejak menjadi ibu kepada tiga cahaya mata, definisi seorang ibu yang baik baginya lebih sederhana tetapi bermakna, penuh tenang dan tersedia dari segi emosi. “Tidak perlu menjadi produktif tanpa henti atau memenuhi setiap permintaan. Saya belajar untuk melepaskan kesempurnaan dan menerima bahawa menjadi ibu yang baik tidak bermakna perlu sentiasa sempurna,” kongsinya jujur.

Baca kisah penuh Chryseis Tan dengan mendapatkan majalah GLAM isu May 2026 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.