Meraikan Tiga Dekad Pleats Please Issey Miyake
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSejak tiga puluh tahun lalu, Pleats Please Issey Miyake menyajikan busana yang girang dan berjiwa bebas.
Selepas bermusim mencari fabrik yang terbaik, akhirnya pada 30 tahun yang lepas, Pleats Please Issey Miyake lahir dengan jayanya. Misi buat jenama ini adalah untuk memberikan satu busana yang ringan, lembut serta punya kemasan yang tidak terlalu berkilau. Serta menghasilkan busana dalam fabrk yang tahan kedut, tahan elektrostatik, selesa dipakai dan mudah untuk dijaga.

Apa yang menarik tentang busana ini juga mudah untuk dibawa apabila berkembara. Ia cukup versatil untuk digayakan setiap hari mahupun buat acara formal. Proses pleating yang digunakan memberi kesan keanjalan kepada fabrik lalu memberi kebebasan kepada setiap bentuk badan.
Buat koleksi khas ini, Pleats Please Issey Miyake memberikan dua himpunan yang berbeza yakni Path dan May. Pilihan sama ada yang mempunyai sorakan corak warna-warni atau pilihan monokram yang lebih ringkas. Corak warna-warni bagi koleksi Path, dipersembahkan menggunakan huruf Pleats Please sebagai asas motifnya.
Siri May pula hadir dalam tujuh rona yang menggoda. Sorakan pastel yang disajikan adalah Dark Gray, Salmon Pink, Orange, Pastel Green, Light Blue dan Bordeaux. Setiap rona ini mempu disuaipadan dengan siri Path yang lebih bersifat eksentrik. Busana jenama ini memberi gaya yang berjiwa bebas. Juga membawa simfoni yang cukup selesa buat mereka yang menyarungkan himpunan Pleats Please Issey Miyake.

Lawati butik Pleats Please Issey Miyake di Pavilion KL, tingkat 3 dan di The Gardens, tingkat bawah. Atau boleh membeli belah secara maya di shop.club21.my.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.




