Ibu Justin Bieber Membidas Kenyataan Keluarga Selena Gomez
The Ultimate Essential For Your Skin
752,995 Orang Kunjungi Pameran Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology
Adele Mengandung Anak Kedua?
CEO Diane von Fursternberg Letak Jawatan
Home > Uncategorized > Phoebe Philo Bawa Haluan Dari Céline

Phoebe Philo Bawa Haluan Dari Céline

Oleh: Mujahid Saddam

 

Phoebe PhiloPhoebe Philo. Gambar: TPGVIP

 

Bahang minggu fesyen terus dihangatkan dengan laporan yang mengatakan bahawa Pengarah Kreatif Céline, Phoebe Philo, bakal meninggalkan rumah fesyen itu. Manakala koleksi musim luruh/sejuk 2016 dikatakan menjadi pentas terakhir Philo bersama Céline.

 

Memulakan kerjaya di Chloé pada tahun 1997 bersama Stella McCartney, Philo kemudiannya menerajui Céline di bawah payung LVMH pada tahun 2008. Dia adalah individu yang bertanggungjawab mengangkat Céline ke tahap tertinggi dan menjadi antara pencetus gaya seperti slip dress dan tas tangan yang menjadi dambaan setiap wanita. Rekaan Céline cukup popular sehingga menjadi antara yang sering ditiru jenama high street.

 

Keputusan Philo untuk meninggalkan rumah fesyen tersebut adalah kerana dia bakal meneruskan langkah di Azzedine Alaia. Benarkah khabar angin tersebut? Nantikan update seterusnya dari GLAM.