Nama Selena Gomez Telah Di-Trademark Untuk Dirinya Sahaja
Model Victoria’s Secret Karlie Kloss Dikatakan Terlalu Gemuk
Behati dan Adam Sambut Ulang Tahun Ketiga!
Kemilau Intan Permata Kolaborasi Allove Diamond dan SK Jewellery
Victoria’s Secret Fashion Show Bakal Diadakan di Shanghai?
Home > Uncategorized > No, Lady Gaga Tidak Akan Memainkan Watak Donatella Versace

No, Lady Gaga Tidak Akan Memainkan Watak Donatella Versace

Foto: Mert Alas dan Marcus Piggott

Lady Gaga untuk Kempen Versace
Foto: Mert Alas dan Marcus Piggott

Selang beberapa bulan yang lepas, sumber-sumber melaporkan bahawa penyanyi ternama Lady Gaga bakal memainkan watak Donatella Versace dalam musim ketiga rancangan siri American Crime Story yang bakal menceritakan kisah pembunuhan Gianni Versace, abang kepada Donatella, pada tahun 1997.

 

Pencipta rancangan tersebut telah menafikan maklumat tersebut baru-baru ini.

 

Lady Gaga untuk Kempen Versace Foto: Mert Alas dan Marcus Piggott

Lady Gaga untuk Kempen Versace
Foto: Mert Alas dan Marcus Piggott

Ryan Murphy memberitahu Variety pada minggu lepas yang walaupun maklumat tersebut telah disahkan oleh beberapa sumber termasuk IMDB, Lady Gaga tidak pernah dipertimbangkan untuk memainkan watak ini atas sebab jadualnya yang agak ketat.

 

“Dia seorang rakan. Tetapi dia sangat sibuk pada tahun ini – dia akan membuat persembahan untuk Super Bowl dan selepas itu penggambaran untuk A Star Is Born dan saya juga percaya bahawa dia akan mengadakan konsert jelajah. Dan apabila anda akan melakukan sebuah rancangan seperti Versace, ianya adalah satu komitmen untuk lima bulan, ianya sebuah rancangan yang besar, kami akan melakukan penggambaran di serata dunia. Jadi saya rasa dengan jadualnya, saya juga tahu bahawa ianya tidak akan berhasil. Tetapi saya memang mahu bekerjasama dengan dia pada masa akan datang.”

 

Jadi kalau bukan Lady Gaga, yang juga merupakan teman rapat Donatella, siapa lagi yang sesuai untuk memainkan watak Donatella?