Persamaan Antara Obama, Steve Jobs, Einstein dan Zuckerberg

Barack Obama, Steve Job, Albert Einstein dan Mark Zuckerberg adalah antara individu paling berjaya di dunia. Tapi pernahkah anda terfikir apakah kunci kejayaan individu-individu ini? GLAM temui salah satu rahsia mereka iaitu kesederhanaan! Yes, simplicity!
 
Rahsia mereka terletak disebalik pilihan gaya harian. Jika diperhati, individu-individu ini sering menggayakan pakaian yang sama. Sut kelabu atau biru tua oleh Obama dan Einstein, turtleneck hitam dan seluar denim oleh Steve Jobs serta t-shirt kelabu oleh Zuckerberg.
 
07 November 2012 - Chicago, IL - President Barack Obama talks on the phone with former Massachusetts Gov. Mitt Romney in the Presidential Suite at the Fairmont Chicago Millennium Park in Chicago, Ill., Nov. 6, 2012. Photo Credit: Pete Souza/White House/Sipa USA This official White House photograph is being made available only for publication by news organizations and/or for personal use printing by the subject(s) of the photograph. The photograph may not be manipulated in any way and may not be used in commercial or political materials, advertisements, emails, products, promotions that in any way suggests approval or endorsement of the President, the First Family, or the White House.

‘I’m trying to pare down decisions. I don’t want to make decisions about what I’m eating or wearing. Because I have too many other decisions to make.’ ujar Obama apabila ditanya tentang gaya hariannya yang sama.
 
Sains membuktikan bahawa kerisauan terhadap perkara yang kurang penting atau tidak relevan akan menyebabkan seseorang mengalami “decision fatigue”. Ia merupakan kondisi psikologikal yang menyebabkan produktiviti seseorang terganggu.
 
Albert Einstein, circa 1933.

Tidak hairanlah individu-individu ini tidak cerewet dalam membuat keputusan penggayaan harian. Mereka tidak mahu membazir masa atas perkara remeh supaya kekal produktif dalam tugasan.
 
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda tidak perlu berhias ke tempat kerja. Kekemasan masih perlu diutamakan supaya sentiasa tampak presentable!

POST A COMMENT