fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Justin Bieber Bakal Membuat Persembahan Untuk Fashion Show Victoria’s Secret?
Fattah Amin dan Fazura Dikatakan Akan Bernikah Di Mekah?
Karier Jessica Chastain Diabadikan
Nafas Baharu America’s Next Top Model
Marie Antoinette at the Gym
Home > Uncategorized > Leornado DiCaprio Pulangkan Dana 1MDB

Leornado DiCaprio Pulangkan Dana 1MDB

WOLF OF WALL STREET, THE (2013) - LEONARDO DICAPRIO. . Credit: RED GRANITE PICTURES / Album

Leonardo DiCaprio dalam filem The Wolf of Wall Street

DiCaprio bersetuju untuk membantu siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Justice Department) berkenaan dana 1MDB yang dilaporkan berkait dengan filem hitnya iaitu The Wolf of Wall Street termasuklah sebuah yayasan alam sekitar yang dimilikinya.
 
Leonardo DiCaprio menghubungi jabatan tersebut selepas mereka memfailkan rampasan aset bernilai 1 juta USD termasuklah hak kepada filem tersebut.
 
Dalam sebuah kenyataan DiCaprio, pelakon itu memberitahu bahawa dia akan memulangkan semua hadiah dan dana yang didapati berkait dengan 1MDB sekiranya terbukti dan bersedia memberikan sokongan penuh untuk membantu siasatan.
 
Ketika menerima anugerah Golden Globe 2014, dia didapati mengucapkan terima kasih kepada seluruh kumpulan produksi The Wolf of Street termasuklah Riza Shahriz Abdul Aziz serta beberapa individu lain yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan ini.
 
Meskipun Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak menyatakan nama DiCaprio secara hitam putih, mereka menggunakan rujukan ‘Hollywood Actor 1’ dalam laporan siasatan.
 
Oleh: Lylatul Qadrina