Ariana Grande Berjanji Untuk Kembali Ke Manchester
Selepas satu letupan di lokasi konsert jelajahnya yang menyebabkan 22 orang maut dan lebih kurang 116 orang lain tercedera, Ariana Grande mengumumkan bahawa dia bakal kembali ke Manchester untuk sebuah konsert amal.

Foto: INSTARimages.com
“My heart, prayers and deepest condolences are with the victims of the Manchester Attack and their loved one,” merupakan kenyataan penuh pertama daripada penyanyi tersebut yang dikongsikan pada akaun Twitternya.
Grande dilaporkan merasa terganggu ikutan serangan tersebut yang melibatkan peminat-peminatnya serta keluarga mereka.
Sebelum ini Grande hanya berkongsikan kenyataan yang pendek sejurus selepas serangan tersebut melalui Twitter dan baru-baru ini penyanyi tersebut mengeluarkan satu lagi kenyataan yang lebih panjang untuk peminat-peminatnya dan mereka yang terlibat.
— Ariana Grande (@ArianaGrande) 2017년 5월 26일
See Also
Farah Khan Reka Uniform Baru MAS
Persamaan Antara Obama, Steve Jobs, Einstein dan Zuckerberg
Pertengkaran Antara Miley Cyrus Dengan Stefano Gabbana
Detik Pertama Pertemuan Kourtney Kardashian Bersama Teman Lelaki Barunya
Fendi Sambut Ulang Tahun Ke-90 Menerusi Pentas Haute Fourrure Di Rome
Peter Copping Letak Jawatan Sebagai Pengarah Kreatif Oscar de la Renta.![]()
Dia kemudiannya memberikan pautan untuk mereka yang ingin menderma dan membantu mereka yang terlibat.
— Ariana Grande (@ArianaGrande) 2017년 5월 26일
Peminat Grande juga melaporkan bahawa dia sudah menghubungi ahli keluarga 22 orang yang maut pada malam tersebut untuk membantu proses pengkebumian namun hal ini belum disahkan oleh pihak Grande.
