Nirmala Merak Bulgari Simbol Kemewahan Teratas
Peacocks, the queen of all feathers! Ciptaan Illahi ini cantik dipandang, terutama sekali apabila bulu berona biru dan hijaunya itu dikipas penuh. Seakan-akan sedang memakai dress haute couture semasa minggu fesyen! Pesona burung merak pasti memukau ramai — the diva of faunas! Merak melambangkan kekayaan, glamor dan sifat elegan semujadi wanita.
Naluri rumah fesyen Bulgari untuk mengambil haiwan mempersona ini sebagai inspirasi utama bagi rangkaian horologi Diva’s Dream amat sepadan. Terdapat tiga ciptaan yang diilhamkan oleh Bulgari bagi koleksi ini, dan setiap satu tafsiran mereka mendefinisikan ciri-ciri kemewahan yang tiada tandingan.

See Also
Pentas Coach Hangat Dengan Kehadiran Emma, Chloe & Ciara
Kempen Terbaru Lady Dior
Dengan Bayaran Sebanyak $13.1 Bilion LVMH Kini Memiliki Dior Sepenuhnya
Modern Marie Antoinette Membuat Kemunculan Dalam Filem Pendek Fendi
Seni Bina Jepun dan Alam Semula Jadi Jepun Mewarnai Cruise 2018 Louis Vuitton
The Obamas: Pasangan Paling Bahagia dan Bergaya?
1. Versi pertama bermain dengan latar belakang yang mewakili malam yang hening, serta batuan gemerlap bak bintang di langit. Kaca aventurine digunakan terlantar bersama motif merak yang mekar yang dicat dengan tangan, seakan sedang menayangkan keagungannya. Pakar pembuat jam di Bulgari mengambil lebih 20 jam buat setiap satu untuk mengilap lebih 10 warna di permukaan dial luar biasa ini. Berdiameter 37mm, ia dicipta dengan emas putih, berlian biru dan tali kulit buaya di samping batu nilam yang indah dilihat.
