fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Utilitarian Chic Di Pentas Celine
Sentuhan Kemewahan Gemersik Juste un Clou oleh Cartier
Tingkatkan Gaya Pejabat Dengan Pilihan Pakaian Minimalis Dari UNIQLO Miracle Air
5 Penampilan ‘STYLISH’ Sepanjang Bulan Jun
Jenama Kasut Toms Bakal Melancarkan Koleksi Pakaian
Home > Fesyen > Dengan Bayaran Sebanyak $13.1 Bilion LVMH Kini Memiliki Dior Sepenuhnya

Dengan Bayaran Sebanyak $13.1 Bilion LVMH Kini Memiliki Dior Sepenuhnya

Dengan bayaran sebanyak $13.1 bilion, konglomerat jenama mewah terbesar Perancis LVMH kini mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap jenama mewah Christian Dior.

 

LVMH juga turut memeliki jenama-jenama mewah lain seperti Céline, Louis Vuitton, Fendi, Givenchy, Marc Jacobs dan banyak lagi. Selain jenama fesyen mereka juga turut memeliki beberapa lagi jenama untuk produk-produk seperti kosmetik dan wangian, wain, dan juga jam tangan dan perhiasan.

 

Tawaran yang mereka lakukan ini adalah untuk menyempurnakan proses hak milik LVMH terhadap Christian Dior. LVMH sebelum ini juga telah pun memilik subsidi terhadap wangian dan kosmetik Dior. Bernard Arnaul juga memainkan peranan sebagai pengerusi untuk Dior.

 

Arnault Family Group, selaku pemegang saham terbesar LVMH, telah membeli baki 26% saham Dior dengan harga $282 persaham.

 

Perubahan pemilik ini juga bakal mengubah organisasi dan struktur Christian Dior Couture dan juga Parfums Christian Dior.