10 Beg Paling Ikonik

Tas tangan ikonik mahupun klasik tidak sesekali ditelan zaman. Pereka serata dunia menyifatkan the ‘It bag’ sebagai aksesori wajib ada dalam gerobok setiap wanita. Fenomena ini tercatat sekitar lewat 90-an yang mana himpunan tas tangan eksklusif menyengat hangat. Detik inilah terciptanya Paddington juga Baguette. Bagi mengingati kemasyhuran setiap rekaan, 10 tas tangan ikonik dari sejarah fesyen disenaraikan. Some still available to invest in and some to dream about, at least!
 

Chanel

Lily Allen menggayakan Beg Chanel 2.55


 
CHANEL 2.55

Dilancarkan pada Februari 1955, selaras dengan gelaran 2.55, Coco Chanel mentransformasikan evening bags of the era dengan penambahan chain strap. Meminati sukan berkuda pada waktu lapang, mendiang Coco Chanel menampilkan rekaan tas tangan berbentuk quilted distingtif, berinspirasikan jaket joki berpad. Pada 1983, tatkala Karl Lagerfeld mengambil alih sebagai pengarah kreatif, Karl menghasilkan kembali tas tangan dalam rekaan asal tetapi dengan penambahan ‘CC’ sebagai ciri perubahan dan diberi nama beg Classic.
 

Givenchy

Nicole RIchie menggayakan beg Givenchy Antigona


 
GIVENCHY ANTIGONA

Diperkenalkan sewaktu koleksi musim luruh 2010 (diberi nama bersempena tiga babak opera Itali oleh komposer Tommaso Traetta), tas tangan Antigona Givenchy ini menelan kos sehingga ribuan paun, namun masih menjadi pilihan beberapa editor serta selebriti A-Listers seperti Beyonce ke Naomi Watts kerana rekaannya yang klasik dan terkini.
 

Lady Dior

Kristin Davis menggayakan beg Lady Dior


 
LADY DIOR

Kempen iklan Lady Dior 2012 dibintangi oleh aktres Perancis, Marion Cotillard. Namun wanita berbibir mungil ini bukan  wajah asal tas tangan ikonik hari ini. Segalanya bermula pada September 1995, tatkala Wanita Pertama Perancis, Bernadette Chirac menghadiahkan mendiang Puteri Wales yakni Lady Diana sebuah tas tangan kulit Dior berserta juntaian letter charms tersemat pada pemegang beg. Corak jahitan bersegi atau cannage pada tas tangan Dior diilhamkan oleh kerusi Napoleon III yang diguna pakai dalam pertunjukan fesyen Dior pada 1947. The house renamed their bag ‘Lady Dior’ in her honour and a fashion legend was born.
 

Bottega

Leighton Meester dan Blake Lively menggayakan beg Bottega Veneta


 
BOTTEGA VENETA WOVEN BAG

Pengarah Kreatif Bottega Veneta, Tomas Maier pernah mengeluarkan kenyataan, Tidak dinafikan juga bahawa reka bentuk beg daripada jenama itu adalah ikonik. Teknik bersilang serta efek rekaan anyaman yang dikenali dengan nama Intrecciato ialah satu cara rekaan Bottega Veneta sendiri pada 1960-an. Ia dihasilkan dengan penggunaan bahan kulit yang lebih nipis supaya tahan lama serta kuat buat rekaan aksesori. Kini, sebahagian besar rekaan tas tangan Bottega Veneta bercirikan tenun Intrecciato.
 

Louis Vuitton

Agyness Deyn menggayakan beg Louis Vuitton Speedy


 
LOUIS VUITTON SPEEDY

Dilancarkan pada 1932, tas tangan monogram ini adalah saat genting bagi Louis Vuitton untuk mengorak langkah dari bagasi berjenama mewah ke rumah fesyen. Sejurus selepas bagasi Keepall menjadi kegilaan ramai, Georges Vuitton diminta tampil dengan rekaan bagasi yang sedikit kecil buat perjalanan pendek, lantas terciptanya Speedy. Pada tahun 1960-an, tas tangan pertama rekaan Louis Vuitton dinobatkan sebagai ikon di serata dunia. Audrey Hepburn amat mengagumi rekaan tas tangan Louis Vuitton dan menyuarakan keinginan memiliki rekaan versi lebih kecil. Kehadiran Marc Jacobs sebagai Pengarah Kreatif sekitar 1999 menyuntik nafas baru kepada Speedy yakni tas tangan ikonik monogram dengan makeovers bermusim daripada ragi seni pop Muramaki ke coreng grafiti.
 

Balenciaga

Diane Kruger menggayakan beg Balenciaga


 
BALENCIAGA MOTORCYCLE BAG

Nicholas Ghesquiere adalah antara pereka yang berani, sebagai contoh ketika dia menjawat jawatan pengarah kreatif di Balenciaga, dia menghimpunkan koleksi beg Motorcycle. Beg yang dahulunya dikenali sebagai beg Le Dix mendapat perhatian kelompok fesyen sejak awal kemunculan pada 2001. Biarpun orang atasan agak ragu-ragu untuk melancarkan beg ini, namun Ghesquiere percaya akan keunikan beg koleksi Motorcycle yang diperincikan dengan stud loyang. Melihat kejayaan beg ini, Balenciaga melancarkan beberapa rekaan di bawah beg Motorcycle seperti beg Giant 12 dan Giant 21. Tiada siapa dapat lupakan beg Balenciaga Floral City yang diinspirasikan daripada beg Motorcycle.
 

Marc Jacobs

Alexa Chung menggayakan beg Marc Jacobs


 
MARC JACOBS STAM

Tas tangan Stam himpunan Marc Jacobs berada di bawah radar sejak 2005. Kini, tiba masanya untuk rekaan Marc Jacobs menyerlah. Dinamakan sempena model popular Kanada, Jessica Stam, ia menjadi pilihan Maria Sharapova, Kate Moss, Scarlett Johansson juga Dita Von Teese. Quilted grained leather, tembaga antik bertali bahu juga gancu bersaiz besar, tas tangan Stam tampil moden dengan nada sentuhan vintaj. Tas tangan Stam ala rupa quilted Chanel-esque ada dalam pelbagai rona. Paling hangat semestinya yang paling sukar didapati yakni tas tangan Stam dalam rona Petrol Blue (seperti digalas Lindsay Lohan).
 

Fendi

Sarah Jessica Parker menggayakan Fendi Baguette


 
FENDI BAGUETTE

Silvia Venturini pereka aksesori Fendi bertanggung jawab dalam rekaan beg Baguette. Beg yang direka ala roti Perancis dilancarkan pada tahun 1997 terus menyengat serta tampil menjadi tas tangan masa kini. Lebih popular apabila menjadi ‘guest star’ buat Sex and the City kerana menjadi beg pilihan hati Carrie Bradshaw. Lebih 700 gaya berbeza dihasilkan sejak tas Baquette ditampilkan. Buat idaman Fendi, jenama mewah ini bakal menampilkan semula rekaan tas tangan Baguette untuk jangka masa terhad dalam enam reka bentuk popular, bertepatan dengan pelancaran buku baru Fendi Baguette. Direka menggunakan pelbagai bahan juga gaya, Baguette menonjolkan stail peribadi serta objek pemujaan sebenar. Tas tangan revolusioner ini sekali gus meraih anugerah Fashion Group International bagi aksesori Spring 2000.
 

Hermes

Victoria Beckham menggayakan beg Hermes Birkin


 
HERMES BIRKIN

Ketua Eksekutif Hermes, Jean-Louis Dumas tampil dengan rekaan tas tangan legenda buat biduanita Jane Birkin selepas penyanyi serta pelakon Perancis itu meluahkan kepayahan menemui tas tangan kulit sesuai semasa duduk bersebelahan dalam penerbangan pada 1984. Berlandaskan reka bentuk tahun 1892, ia memerlukan dua hari penuh untuk pakar artisan menyiapkan sebuah Birkin. Kos setiap satu dari £6,000 kepada £100,000 bergantung pada material yang digunakan. Hermes Birkin adalah antara tas tangan termasyhur serta didambakan setiap wanita hari ini. Struktur luaran juga titik harga astronominya seakan memateri kedudukan tas tangan ini di dalam sejarah fesyen.
 

Niomi

Naomi Watts menggayakan beg Gucci


 
GUCCI BAMBOO

Diilhamkan di Florence pada 1947. Kala itu tangkai bambu pada tas tangan ikonik ini adalah satu cara untuk menyingkap simbol kedaifan pada zaman perang rather than a design quirk. Namun beberapa dekad lalu, rekaan bambu terus sinonim dengan Gucci. Corak bercirikan bambu turut memenuhi himpunan rekaan skarf serta aksesori, dari setiap rangkaian tali jam tangan hingga ke barangan kemas. Sepanjang tahun 50-an juga 60-an, tas tangan berpemegang bambu ini dijinjing oleh ramai bintang selebriti, antaranya Liz Taylor. Kini, ‘New Bamboo’ sama naik kemasyhurannya kerana menjadi pilihan Florence Welch dan Carla Bruni Sarkozy.
 

POST A COMMENT