Related Stories
Taylor Swift Akhirnya ‘Berdamai’ Dengan Katy Perry Dalam Video Muzik ‘You Need To Calm Down’
Tidak sampai sehari video muzik terbaru Taylor Swift berjudul You Need To Come Down dimuat turun di YouTube, kutipan tontonan kini sudah mencecah 17 juta. Sebelum ini, peminat Taylor sudah mulai teruja apabila penyanyi Taylor Swift mengumumkan menerusi satu entri di Twitter dan Instagramnya pada Ahad dimana dia bakal menampilkan rakan-rakan selebriti dalam video muzik terbaharunya You Need To Calm Down. Antara artis yang terlibat ialah Adam Lambert, Ryan Reynolds, Ciara, Ellen DeGeneres, RuPaul dan ramai lagi.


Namun sampai ke minit 2.44 saat, peminat dilihat ‘menggila’ sekali lagi apabila video muzik ini menampilkan seorang lagi artis hebat dan juga seteru Taylor iaitu Katy Perry yang tampil secara eksklusif menyarung kostum burger. Yang pasti, penampilan istimewa Katy Perry menamatkan spekulasi mereka berdua masih bergaduh dek isu perebutan penari latar yang berlaku sekitar 2015, sehingga membawa kepada peperangan ‘single’, di mana khabarnya lagu Taylor “Bad Blood” adalah berkisar Katy. Setahun kemudian, Katy muncul pula dengan single “Swish Swish” seakan membalas dendam terhadap Taylor.

Terdahulu, Taylor Swift turut menghantar biskut kepada Katy Perry dengan menulis “Peace At Last” di atas pinggan tersebut. Sama-sama kita doakan perhubungan baik mereka berkekalan dan tiada lagi catfight antara mereka. Jom kita saksikan video muzik Taylor Swift-You Need To Come Down melalui pautan di bawah.
https://www.instagram.com/p/Bylq5qjHUwj/?utm_source=ig_embed
Artikel Berkaitan
G-Dragon & Jacob & Co. Hidupkan Fenomena B...
Mia Goth Bangkitkan Semula Fesyen Gothic Melalui 5...
Jacob Elordi Curi Tumpuan Dunia Dalam Kempen Carti...
Pereka Fesyen Giorgio Armani Meninggal Dunia, Ting...
Segala yang Anda Perlu Tahu Mengenai Met Gala 2025
Trend Musim Luruh/Sejuk 2024 Yang Anda Perlu Tahu
Jennie BLACKPINK Tampil Tanpa Seluar di Pertunjuka...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
