fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
#NYFW: Kate Spade New York Musim Bunga 2023 -Debut Hasil Rekaan Ketua Pereka Baharu, Tom Mora & Jennifer Lyu
The Knott Satchel, Idaman Baharu Wanita
Sembang Fesyen: Syomir Izwa
All The Beauties At Oscars 2020 Red Carpet
Alessandro Michele Debut Koleksi Valentino Lebih Awal Dari Yang Dijangka!
Home > Fesyen > Berita > Yuna Sarung Persalinan Tradisi India Untuk (Not) The Love Of My Life

Yuna Sarung Persalinan Tradisi India Untuk (Not) The Love Of My Life

Yuna, penyanyi yang tidak asing dengan kejutan. Selepas mengharumkan nama Malaysia, berduet dengan artis Hollywood dan menempah nama di sana, Yuna kembali lagi gig terbarunya, singlenya yang ketiga berjudul (Not) The Love Of My Life. Menariknya, untuk muzik video ini, Yuna menyarung indah persalinan tradisi India serta mengenakan barangan kemas tradisional kaum itu dari hujung rambut ke hujung kaki, and she looks so beautiful!

Untuk muzik video ini, Yuna masih menggunakan khidmat koreografer yang sama iaitu Harshini Sukumaran. Jelas Yuna, “(Not) The Love Of My Life menceritakan kisah seorang pengantin perempuan yang sedang bersiap sedia untuk dinikahkan mempunyai keraguan dalam keputusannya untuk berkahwin”.

Tambah Yuna lagi, semua orang di Malaysia memainkan peranan mereka dalam menghormati dan menyayangi budaya masing-masing dan dia merasakan ia sangat unik dan mengakui gembira dapat berkongsi sebahagian hidupnya kepada dunia. Video ini tidak dapat dilakukan tanpa perundingan, sokongan, dan yang paling penting sokongan daripada komuniti India di Malaysia,” ujar Yuna lagi. (Not) The Love Of My Life merupakan salah satu lagu daripada album terbaharu Yuna berjudul Rouge.